Pernah tak dengar Social Anxiety Disorder ?
Apa itu gangguan kecemasan sosial ?
Social Anxiety Disorder adalah rasa takut dan cemas diberi penilaian buruk, dianggap remeh atau bahkan tidak diterima dalam pelbagai situasi sosial.
Rasa takut dialami secara berlebihan dan menetap, sehingga mempengaruhi hubungan dengan orang lain, produktiviti dalam bekerja serta prestasi di sekolah.
Gejala Fobia Sosial ( Kesulitan dalam menghadapi keadaan berikut) :
i. Bertemu Janji (Dating)
ii.. Menatap mata dengan orang lain
iii. Berinteraksi dengan orang awam
iv. Makan di hadapan orang lain
v. Bekerja / Bersekolah
vi. Masuk ke tempat ramai orang
vii. Menghadiri majlis
viii. Memulakan percakapan terlebih dahulu
Gejala Emosional dari Fobia Sosial
i. Takut berada di dalam situasi di mana anda mungkin akan dinilai oleh orang lain
ii. Rasa takut orang lain akan menyedari bahawa anda merasa cemas
iii. Rasa takut sehingga seperti pipi merah, terlebih berpeluh, menggigil dan suara yang gementar
iv. Selalu anggap akan ada hal yang buruk pada dirinya ketika di situasi sosial
v. Berusaha hadap situasi sosial, tetapi rasa cemas dan takut yang berlebihan
Gejala Fizikal Fobia Sosial :
i. Wajah merah @ blushing
ii. Nafas akan rasa pendek
iii. Sakit perut, mual
iv. Nervous, suara pun rasa gementar
v. Jantung berdebar
vi. Berpeluh/ hot flashes
vii. Sakit kepala seperti nak pengsan
Faktor Social Anxiety :
i. Keturunan
ii. Struktur Otak – Amigdala kawal rasa takut, jika bekerja terlalu aktif, respon rasa takut meningkat, rasa cemas lebih
iii. Persekitaran – Disebabkan oleh pengalaman yang tidak menyenangkan atau memalukan sebelum ini.
Komplikasi :
i. Tidak percaya diri
ii. Tak boleh tegas dalam pelbagai situasi
iii. Suka mengkritik diri sendiri
iv. Terlalu sensitif terhadap sebarang kritikan yang diberikan oleh orang lain
v. Tidak mempunyai kemahiran sosial
vi. Cubaan membunuh diri
vii. Sering bersendirian dan tak dapat bina hubungan yang baik dengan orang lain.
Bagaimana Diagnos ?
i. Ujian Fizikal
ii. Doktor akan bertanyakan gejala
iii. Questionnaire
Pencegahan :
i. Buat diari untuk memahami peristiwa yang mungkin menyebabkan tekanan/kebimbangan
ii. Susun dan pilih perkara yang positif . Yang buat rasa gembira
iii. Elak menggunakan dadah, alkohol, merokok
Rawatan :
i. Psikoterapi – terapi tingkah laku kognitif (membantu pesakit membentuk cara berfikir, bertindak balas terhadap pelbagai situasi sosial)
ii. Kumpulan sokongan – Kumpulan ini membantu pesakit menerima penilaian yang jujur untuk diri mereka sendiri
iii. Ubat-ubatan
Rawatan Homeopati :
Betulkan semula setting atau sensitiviti untuk buat individu itu lebih tenang. Rawatan homeopati dilakukan secara holistik. Yang bukan sahaja melibatkan aspek fizikal, ketidakseimbangan emosi serta isu mental juga homeopati boleh bantu.
Untuk mereka yang nak dapatkan rawatan homeopathy di Sofea Homeopathy Center boleh walk-in 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban NSDK ataupun hubungi 018-945 0277 untuk online consultation.
