Obesiti merupakan gemuk yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. BMI (Body mass Index) adalah cara pengukuran sama ada berat badan adalah sihat bagi ketinggian anda.
Formula : Berat Badan (kg) / Ketinggian x Ketinggian (m)
Gejala/Tanda:
i. Sesak nafas
ii. Peluh yang bertambah
iii. Berdengkur
iv. Berasa keletihan
v. Ketidak-upayaan untuk mengatasi aktiviti fizikal yang mendadak
vi. Sakit belakang & sakit sendi
vii. Keyakinan Rendah
Faktor :
i. Umur – Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Oleh itu, kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek, jumlah, jenis dan kekerapan
ii. Jantina – Kaum wanita lebih kebarangkalian untuk menjadi obes berbanding lelaki. Ini kerana wanita mempunyai kadar metabolisme yang rendah
iii. Keturunan – Mempunyai faktor genetik yang menyebabkan mereka mudah menaikkan berat badan dan obes .
iv. Aktiviti Fizikal – Kurang aktiviti fizikal dan tidak jaga pemakanan
v. Psikologi – Ada individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau ketidakseimbangan emosi
vi. Penyakit – Seperti penyakit hipotiroidisme , kemurungan atau penyakit di bahagian otak
v. Ubat-ubatan – Ubat seperti steroid atau ubat merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti
Implikasi :
i. Diabetes Mellitus
ii. Fatty liver & Batu hempedu
iii. Kolestrol Tinggi
iv. Hypertension
v. Penyakit Jantung
vi. Gout
Rawatan :
i. Pemakanan yang seimbang dan sihat yang mengandungi kalori yang mencukupi
ii. Menyertai kumpulan kurang berat badan di komuniti anda
iii. Lakukan aktiviti seperti lari, jogging atau berenang sebanyak 20 minit sehari
iv. Makan sedikit tetapi lebih kerap dan elakkan situasi di mana anda akan makan secara melampau
Rawatan homeopati :
i. Homeopati akan kenal pasti punca seperti contoh (cyst ovari) dan jika melibatkan hormon yang tidak stabil. Homeopati juga akan bantu dengan cara makan yang betul dan juga senaman yang boleh dilakukan
ii. Jika bukan disebabkan penyakit, homeopati boleh juga bantu dalam meningkatkan metabolisme , physical exercise serta gaya makan yang sihat.
iii. Homeopati juga boleh bantu untuk mengawal craving manis-manis, bakar lemak, selain untuk membantu meningkatkan metabolism
Majoriti pemakanan adalah perkara utama yang perlu dijaga untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Tahukah Anda ? Kebanyakkan penyakit kronik (Kencing Manis, Gerd, Kolestrol, dll) adalah bermula dari diet harian yang diambil serta cara hidup individu itu.
Jika kita boleh kawal cara pemakanan dan mengurangkan apa yang sepatutnya serta lebih kan makanan yang sihat, insyaAllah kesihatan anda juga akan terjaga.
Dapatkan rawatan anda di Sofea Homeopathy Center untuk masalah kesihatan anda, rawatan homeopati pantas sekiranya keadaan akut dan untuk kronik boleh dibantu secara holistik.