Cahaya Mata adalah rezeki yang diberikan oleh tuhan,
Sekiranya di izinkan olehNya untuk terbentuk manusia, pasti dengan izinNya,
Jika ia berlaku sebaliknya, yakinlah aturan dari tuhan itu.
Kenali keadaan yang berlaku apabila seseorang itu mengalami keguguran berulang.
Apakah Maksud Keguguran ?
Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan. berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal.
Maksud Keguguran Berulang :
Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages) . Berlaku 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat.
Gejala :
i. Pendarahan
ii. Servik mengembang (Jika servik mengembang, pengguguran spontan menjadi tidak dapat dielakkan)
iii. Kekejangan atau sakit perut
iv. Demam
Faktor :
i. Umur – semakin berusia, semakin tinggi risiko mendapat keguguran
APS (Anti-phos-pho-lipid Syn-drome) APS adalah sindrom dimana darah seorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan
ii. Faktor Genetik – Salah satu pasangan nya akan ada ketidaknormalan satu kromosom. Walaupun masalah genetik mungkin tidak menunjukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi dia boleh menyebabkan keguguran.
iii. Pangkal rahim yang lemah (Serviks)
iv. Perkembangan bayi tidak normal – risiko keguguran bukan keguguran berulang
v. Jangkitan Kuman
vi. Bentuk Rahim
vii. Kencing & Masalah Tiroid – Jika tidak dikawal akan menyebabkan keguguran tapi bukan keguguran berulang
viii. Faktor imun
xi. Berat badan berlebihan
x. Merokok, pengambilan kafein dan alkohol secara berlebihan
Jenis :
i. Ancaman keguguran – (Turun darah sakit bawah perut)
ii. Keguguran tidak dapat dielak (Pangkal rahim terbuka , tumpah darah banyak)
iii. Keguguran tidak lengkap – (Kandungan gugur keluar tapi ada yang tertinggal di rahim)
iv. Keguguran Lengkap – (Kandungan keluar sepenuhnya)
v. Keguguran septik – ( Dijangkiti Kuman)
Rawatan :
Pemerhatian (Observation)
Perubatan – Bagi sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau dimasukkan ke dalam faraj untuk keluarkan kandungan
Rawatan Pembedahan – Dilatation & Curettage :Doktor akan membuka pangkal rahim (serviks) dan membuat cuci dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran.
Apa yang biasa dilakukan selepas keguguran ?
Ibu dinasihatkan supaya tidak memasukan apa-apa bahan (tampon) atau douching selama 2 minggu. Selalunya doktor nasihatkan tunggu 2-3 bulan untuk cuba mengandung lagi.
Rawatan Homeopati :
Dalam proses pemerhatian, ibu-ibu boleh cuba homeopati ikhtiar baby turun sendiri. Berapa lama nak tengok, seminggu – 2 minggu lepas ambil ubat.
Untuk ibu-ibu yang ada recurrent abortion , homeopati ada rawatan khusus untuk anda .
Sekiranya ibu hamil yang mempunyai risiko atau risau akan kandungan, boleh datang untuk dapatkan rawatan di Sofea Homeopthy Center. Walk in ke center kami di 9450, Jalan kekwa 1/1 Taman guru Melayu atau hubungi kami di 018-9450277 untuk online consultation.