Pernah tak dengar batu karang ?Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu ada batu karang dalam hempedu nya ?
Apa sebab batu karang hempedu boleh berlaku ?
Komponen utama dalam hempedu (kolestrol, garam, bilirubin) wujud secara berlebihan dan ketidakseimbangan cecair. Lama-lama akan jadi besar atau semakin banyak.
Boleh terperangkap di duktus sistik & duktus hempedu sesama. Apabila ia keluar dari pundi hempedu.
Batu karang hempedu boleh terbentuk di hati, duktus hepatik, duktus hempedu
Gejala :
i. Sakit perut pada bahagian kanan atas yang sangat teruk dan sakit tersebut telah merebak ke bahagian belakang seperti tulang belikat
ii. Demam sehingga menggigil
iii. Mual dan muntah
iv. Demam kuning
v. Najis berwarna coklat pudar & air kencing berwarna gelap
Faktor :
i. Jantina –
Wanita berisiko 2x ganda dari lelaki. DIsebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan.
ii. Berat Badan –
Obesiti berisiko kerana paras kolesterol tinggi dalam darah
iii. Diet –
pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko
iv. Umur –
individu yang berumur 60 tahun keatas mempunyai terjadi batu karang lebih tinggi
v. Diabetes –
Mempunyai asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
vi. Ubat kolesterol –
Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga . meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Penyakit ini boleh di diagnosis menggunakan kaedah :
i. Ujian Darah
ii. X-ray Perut
iii. Ultrabunyi (Ultrasound)
iv. CT Scan – Imbasan tomografi berkomputer
v. ERCP – Endoskopi Songsang Cholangiopancreatography
Rawatan :
i. Pembedahan
ii. Perubatan
Bagaimana batu hempedu boleh dicegah ?
i. Pengambilan makanan yang kurang kandungan lemak
ii. Pengambilan makanan yang kaya dengan lecithin seperti oat, telur, susu, kekacang
Rawatan Homeopati :
Membantu merawat sakit yang sedang berlaku pada masa itu. Homeopati juga boleh buang dengan bantu keluarkan batu dalam keadaan tanpa operation, tetapi saiz dan kuantiti adalah kecil dan sedikit. Jika keadaan batu karang itu banyak dan besar, perlu segera lakukan pembedahan terlebih dahulu. Setelah pembedahan selesai, boleh dapatkan semula rawatan homeopati untuk perbetulkan semula sistem badan.
Rawatan batu hempedu dengan homeopati adalah apabila individu tersebut memberitahu kriteria sakit mereka dan juga keadaan di mana apabila mereka makan pedas atau berminyak, perut mereka rasa tidak selesa. Perkara ini juga menentukan perbezaan ubat yang akan diterima di homeopati.