Disclaimer :
*** Maklumat ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja
*** Sila rujuk pengamal bertauliah untuk nasihat lanjut
*** Setiap individu mungkin memberi respon yang berbeza
RAWATAN HOMEOPATHY UNTUK BATUK LAMA & SESAK DADA
Apakah batuk lama?
Batuk lama ialah batuk yang berterusan dalam tempoh yang panjang. Batuk boleh berlaku sama ada tanpa kahak atau bersama kahak. Batuk yang berlarutan mungkin menandakan masalah kesihatan yang perlu diperiksa.
Tanda-tanda
- Tekak terasa gatal atau menggelitik.
- Batuk berulang kali dan sukar berhenti.
- Tekak terasa kering atau sakit selepas batuk.
- Dada terasa tidak selesa ketika batuk.
Kenapa dada sakit ketika batuk?
Batuk yang kerap boleh menyebabkan otot dada terasa tegang dan sakit. Namun, sakit dada juga boleh berpunca daripada masalah lain yang lebih serius.
**Amaran: Jika sakit dada berlaku secara tiba-tiba, disertai sesak nafas atau peluh sejuk, dapatkan rawatan kecemasan segera.
Punca batuk lama
- Alahan atau asma
- Bronkitis
- Jangkitan saluran pernafasan
- Refluks asid perut (GERD)
- Kesan sampingan ubat tertentu
- Lendir dari hidung mengalir ke tekak
- Pneumonia
- Merokok atau terdedah kepada asap
- Masalah pita suara
- Batuk kokol
Masalah kesihatan yang boleh menyebabkan batuk berpanjangan
Antaranya penyakit paru-paru kronik (COPD), fibrosis sista, kegagalan jantung, kanser paru-paru, darah beku di paru-paru dan tuberkulosis (TB). Tidak semua batuk lama berpunca daripada penyakit serius, tetapi pemeriksaan penting untuk mengenal pasti puncanya.
Penjagaan di rumah
- Minum air secukupnya.
- Ambil madu untuk membantu melegakan batuk bagi individu berumur lebih 1 tahun.
- Gunakan pelembap udara yang bersih jika udara terlalu kering.
- Elakkan asap rokok, habuk dan pewangi yang merengsakan.
- Dapatkan pemeriksaan jika batuk berlarutan lebih 3 minggu.
Rawatan Homeopathy
Pemilihan remedi secara tradisional mengambil kira corak batuk dan gejala yang dialami.
Rawatan Homeopathy :
Remedi 1 – Batuk lama menyakitkan, tekak kering & dahaga yang kuat. Batuk dicetuskan bercakap, teruk duduk diam-diam atau tekanan kuat pada tulang rusuk
Remedi 2 – Suara serak, berdehit, tekak sakit, teruk bila bercakap, ketwa, udara sejuk. Haus cari air sejuk. Hilang suara & laringitis
Remedi 3 – Batuk basah dengan kahak tebal, kekuningan, better di atas katil
Remedi 4 – Batuk lama , hirup udara sejuk, gatal tekak, menggelitik
Remedi 5 – Batuk lama , keras, merengsa terdedah angin, teruja/marah. Teruk pukul 9 malam sampai malam. Ubat asma untuk marah
Remedi 6 – Batuk lama , teruk waktu malam dari kehangatan katil, cetus bercakap/ketawa, rasa mengelitik di kerongkong
Remedi 7 – Batuk lama dan serak. Teruk dengan udara sejuk, minuman sejuk berlaku awal & pada akhir malam
Remedi 8 – Batuk lama & cergas yang mencetuskan loya disertai hipersalivasi
Remedi 9 – Sesak dada, batuk kering, rasa macam terkoyak. Sakit kepala, teruk waktu pagi
**Perhatian: Sesak dada atau sesak nafas perlu dinilai dengan sewajarnya, terutama jika gejala semakin teruk.
Penting: Pemilihan remedi homeopathy perlu dibuat berdasarkan penilaian individu kerana setiap orang mungkin mempunyai corak simptom yang berbeza walaupun mempunyai masalah yang sama. 018-945 0277

