Kerap rasa gatal ? Kulit muncul merah-merah ?
Adakah rasa gatal-gatal ini menyukarkan aktiviti harian ?
Kenali apa itu PSORIASIS.
Psoriasis merupakan penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala,lutut, siku lengan dan tapak kaki. tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.
Tanda-tanda :
i. keguguran sisik pada kulit
ii. Gatal
iii. Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
Jenis-jenis :
i. Plaque psoriasis – yang paling kerap sekali berlaku
ii. Rain Drop : bertompok-tompok
iii. Jenis merah je kulitnya
iv. Yang melibatkan pelipat badan dan kaki
v. Jenis yang bernanah
Komplikasi :
Psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai (psoriatic arthritis).
Gejalanya adalah sakit atau bengkak pada sendi-sendi biasanya terlibat adalah :
i. sendi-sendi di hujung jari tangan atau kaki
bahagian tulang belakang, pergelangan tangan,lutut atau pergelangan kaki
Rawatan :
Krim atau ubatan yang boleh melegakan.
Pelembap :
– Penting untuk menjaga kulit yang terlibat supaya lembap sepanjang masa.
– memotong pendek kuku untuk mengelakkan daripada menggaru dan mencederakan kulit.
– sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi.
Ubatan dan krim :
mengikut arahan doktor
-krim yang berasaskan arang, krim steroid (which is we know the side effect of using this)
-Fototerapi
Rawatan Homeopathy :
i. Ubat dan krim adalah untuk mengawal keadaan kulit itu. Jika kita nak sembuhkan keadaan ini, perlukan rawatan yang menjadi punca masalah.
ii. Perspektif untuk rawat sakit kulit ini perlu diubah sebabnya sakit kulit ini adalah end result untuk punca penyakit dalam badan.
Sebagai contoh, Apabila seseorang stress, kulit akan jadi flare up. Apabila kita sapu krim, dapat eloklah sementara kulit itu. Tetapi, individu itu perlu dapatkan rawatan untuk balance kan balik ‘dealing with the stress’ .
Ia disebabkan oleh setting badan sudah seperti itu, apabila ada orang marah dan individu itu menjadi tertekan lepas tu kulitnya akan menjadi flare up.
Biasanya orang yang kena marah akan menjadi tertekan kan ? Tetapi, untuk mereka yang terlampau tertekan , makan dalam, sentap atau stress ini bermakna sensitiviti badan individu itu terlampau sensitif. Jadinya tinggi dan cepat untuk dapatkan stress itu.
Apabila dengan rawatan homeopati ini, ia dapat membantu betulkan semula setting badan bahagian sensitiviti tu, kuranglah dia rasa nak marah atau stress, dan kulitnya kuranglah berlaku flare up.
*Perkara yang perlu diingati : Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Rutin harian seperti menyapu pelembab, berhenti merokok dan menangani stress amat membantu.
Dapatkan rawatan Psoriasis dengan Sofea Homeopathy Center , hubungi +60 18-945 0277 untuk rawatan dan consultation.
