Ada rasa sakit tak dekat tekak ?
Rasa nak telan air liur tu perit je ?
Cuba tengok di tonsil anda bagaimana keadaan nya ?
Bagaimana nak rawat keadaan ni ?
Tonsil merupakan sejenis tisu limfoid yang terletak di permulaan saluran pernafasan dan pencernaan anda. Ia merupakan salah satu bahagian sistem imun dan membantu untuk melindungi badan anda daripada jangkitan.
Fungsi :
i. Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan ( di peringkat awal usia)
ii. Melindungi salur pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan
iii. Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan
iv. Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan
Punca :
i. Kuman Virus
ii. Kuman Bakteria
Gejala :
i. Sakit tekak
ii. Sukar Menelan
iii. Demam panas 38-40 ℃ , seram sejuk dan menggigil
iv. Sakit telinga
v. Sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan, sembelit, hilang selera makan, sakit perut
Tanda :
i. Nafas berbau busuk dan lidah kering bersalut putih
ii. Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang
iii. Tonsil merah, bengkak dengan nanah
iv. Tonsil membesar , bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong. bengkak di anak tekak dan lelangit
v. Kelenjar limfa di leher membesar dan sakit
Rawatan :
i. Berehat
ii. Minum air secukupnya
iii. Makan secara sihat
iv. Rawatan Antibiotik ( disebabkan kuman Bakteria)
Rawatan Homeopati :
Bagi simptom yang ada, jika seseorang tidak ambil antibiotik boleh ambil homeopati. Terutamanya untuk mereka yang kerap kena tonsil, lepastu kerap juga ambil antibiotik.
Bila anda kerap ambil antibiotik, badan akan lali dengan bahan antibiotik sampai satu masa badan dah tak respon dengan antibiotik.
Badan dah tak resistant. Imun sistem dah banyak terpendam dan tak aktif. Bila ambil ubat homeopati , dia kan baikkan tonsil itu serta tingkatkan imun sistem.
Untuk mereka yang selalu kena tonsil, tempoh atau gap untuk kena semula semakin jarak. Sebagai contoh, kena tonsil sebulan 2 kali, selepas dapatkan rawatan homeopati jarak untuk dapat semula tonsil tu jadi 3 kali sebulan ke dan juga apabila kena tonsil gejala tu makin ringan.
Di Sofea Homeopathy Center masalah tonsil ni boleh dirawat. Matlamat rawatan homeopati adalah untuk penyembuhan. Homeopati selamat, natural dan tiada kesan sampingan.
Hubungi +60 18-945 0277 untuk online consultation dan juga walk-in ke center kami di alamat 9450, jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban, N9