Pernah tak wanita di luar sana mengalami Period Pain ?
Apa yang akan berlaku jika anda mengalami nya ?
Berapa lama PAIN tu akan ada ?
Mari kita ambil tahu apa yang anda boleh lakukan dan rawatan yang boleh diambil.
Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia mengganggu kerja-kerja seharian dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.
Apa itu senggugut ?
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. pelvis adalah tempat dimana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur) dan saluran falopio dan pundi kencing.
Jenis senggugut :
i. Primer –
Berlaku selepas 6-12 bulan dan akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ada juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
ii. Sekunder –
Berlaku dalam kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
Sebab-sebab :
i. Cyst ovari & tumor
ii. Fibroid (bengkak pada rahim)
iii. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur
Tanda-tanda :
Sakit di bawah bahagian perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan kejang yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
i. Senggugut Primer –
Ia biasanya sakit pada 2 hari pertama datang haid yang diikuti sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu.
ii. Senggugut Sekunder –
Yang hampir sama dengan primer, tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid dan bertambah teruk pada hari berikutnya.
(Ianya disebabkan oleh / ada antara yang mengalami , haid yang tidak tetap, kesakitan antara haid, lelehan dari faraj, pendarahan yang bertambah banyak)
Simptom lain :
i. Sakit kepala, letih, pening, sakit belakang
ii. Loya, muntah serta cirit birit
Rawatan :
i.Ubat pengurang radang
ii. Ubat tahan sakit (paracetamol)
iii. Pil perancang
iv. Penggunaan haba
(botol yang letak air suam, pek panas bahagian perut, mandi air suam)
Rawatan Homeopathy :
i. Mereka yang mengalami acute condition sama ada kembung atau kejang, akan menerima ubat yang berbeza.
ii. Tiada side effect. Yang sedang menyusu pun boleh ambil.
iii. Rawatan yang digunakan adalah secara holistik iaitu secara menyeluruh. Apabila anda jaga kesihatan, ia selamat untuk diri anda. Tiada side effect.