MAJOR DEPRESSIVE DISORDER (MDD)
Apa itu MDD ?
Gangguan Depresi Utama di bawah kategori kemurungan. Yang dimana merupakan gangguan perasaan seseorang. Berasa sedih, keletihan, tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat aktiviti harian.
Jenis :
i. Gangguan Depresi Utama (Major Depressive Disorder)
Kemurungan klinikal. Menjejaskan emosi, kelakuan dan juga fungsi fizikal kehidupan anda yang lain seperti selera makan dan juga kualiti tidur. Mempunyai masalah melakukan aktiviti harian mereka. Berasa hidup mereka tidak bermakna.
ii. Gangguan Depresi Berterusan (Persistent Depressive Disorder)
Gangguan kemurungan berterusan disebut sebagai dysthymia yang dimana ia tahap rendah yang kronik. Ada perasaan sedih yang mendalam, rasa putus asa, kurang tenaga dan tak pasti dalam buat keputusan. Lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita.
iii. Gangguan Bipolar (Bipolar Disorder)
Gangguan ini melibatkan kewujudan episod mood atau emosi yang bertenaga. Kadangkala, ia diikuti dengan episod-episod kemurungan.
iv. Gangguan Bermusim (Seasonal Disorder)
Dicetuskan melalui permulaan musim luruh dan berterusan sepanjang musim sejuk. Ia jarang berlaku pada musim bunga & musim panas. Keadaan geografi dan jarak khatulistiwa memainkan peranan yang signifikan bagi gangguan jenis ini.
v. Kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression)
80% ibu akan mengalami baby blue & simptom berlaku perubahan emosi, kesedihan & keletihan. gangguan ini akan hilang dalam seminggu atau 2 minggu. Simptom lain penarikan diri, kurang selera makan & pemikiran yang negatif.
vi. Kemurungan Psikotik (Psychotic Depression)
Kemurungan utama, bipolar diikuti keadaan halusinasi, khayalan atau paranoia ia disebut sebagai gangguan kemurungan utama dengan ciri-ciri psikotik. Dianggap kecemasan psikiatri dan memerlukan kemasukan ke wad psikiatri.
Bagaimana nak bantu individu yang alami kemurungan ?
i. Berhenti fikir ia adalah sesuatu yang memalukan
ii. Galakkan mereka untuk dapatkan rawatan
iii. Ketahui bahawa kemurungan boleh dirawat dan sembuh
iv. Belajar mengenai kemurungan : sebab, simptom dan rawatan yang bersesuaian
v. Tolak jauh-jauh stigma seperti mereka pemalas atau buat-buat sedih
vi. Jadi pendengar yang setia dan sentiasa berikan sokongan
Bagaimana homeopati boleh bantu ?
i. Rawatan kemurungan homeopathy melibatkan pengambilan ubat dan juga psikoterapi
ii. Rawatan dilakukan untuk mencari punca masalah
iii. Ubat/Remedi dari sumber semulajadi dan tiada kesan sampingan. remedi dalam bentuk energi form
iv. Psikoterapi homeopati memang rawatan yang holistik
v. Rawatan dilakukan pada satu tempoh masa sahaja. Jika pesakit dan sihat/okay tak perlu makan lagi ubat
vi. Matlamat rawatan homeopati adalah penyembuhan