Rawatan Angin Pasang (Hernia) dengan Homeopathy

Hernia atau dikenali sebagai Angin Pasang.

 

Pernah tak anda dengar Angin Pasang ?

Hernia berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada. Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis yang berbentuk kantung. Dikenali dengan angin pasang surut kerana sifat benjolan itu dapat dilihat dan ada masa tidak.

 

Jenis-Jenis :

i. Inguinal Hernia :

Berlaku di bahgian kelengkang (Kerap pada lelaki)

ii. Hernia Femoral :

Jalan dimana salur darah arteri, vena dan saraf femoral keluar daripada abdomen untuk memasuki kawasan peha. (Kerap pada wanita)

iii. Hernia Hirisan :

Pembedahan abdomen boleh mengakibatkan dinding abdomen berubah dari segi struktur terutama di bahagian yang dihiris.

 

Sebab/Faktor :

i. Obesiti
ii. Mengangkat Objek Berat
iii. Batuk
iv. Meneran semasa buang air kecil/besar
v. Penyakit paru-paru kronik
vi. Ada cecair di dalam ruang abdomen

 

Gejala, Tanda-tanda :

i. Angin Pasang Surut :

Benjolan baru di bahagian kelengkang atau kawasan abdomen lain
Seseorang boleh rasa senak sedikit tetapi biasanya sentuhan pada benjolan tidak menyebabkan sakit.
Boleh ditolak masuk semula ke dalam abdomen.

 

ii. Angin pasang Tidak Surut :

Mungkin sebelum ini angin pasang surut, kemudian tidak boleh masuk semula ke dalam abdomen dengan sendiri atau bila ditolak masuk dengan tangan.

 

iii. Angin pasang Terbelit :

Biasanya bermula sebagai hernia tidak surut, kemudian mengalami belitan menyebabkan himpitan pada salur darah mengakibatkan usus terperangkap.
Apabila benjolan ditekan akan mengadu sakit
Rawatan kecemasan & pembedahan segera perlu dilakukan.

 

Rawatan :

(Penjagaan di Rumah)

Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti batuk, angkat objek berat atau meneran yang boleh menyebabkan angin pasang lebih besar.

 

Rawatan Perubatan :

Angin Pasang boleh Surut :
  • Secara umum perlu dibedah untuk mengelakkan komplikasi terbelit
  • Membuat pemeriksaan secara berkala

 

Angin pasang tidak surut :
  • Cubaan surutkan atau masukkan semula boleh dilakukan dengan bantuan ubat tahan sakit dan ubat peregang otot
  • Pembedahan

 

Rawatan Homeopati :

Untuk keadaan yang tidak teruk, homeopati boleh bantu keadaan sakit hernia itu.
Jika keadaan teruk, perlu dapatkan pembedahan terlebih dahulu untuk tutup balik keadaan itu.
Homeopati dapat bantu bila keadaan sakit , Hernia yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Jika anda boleh terangkan keadaan sakit lebih spesifik seperti batuk buat dia sakit ke atau duduk atau membongkok setiap itu ada ubat yang personalised kepada pesakit tersebut.

 

Generally, untuk masalah Inguinal Hernia ada lebih 39 remedi. Ini menunjukkan skop hernia dalam rawatan homeopati sangat sesuai untuk merawat keadaan anda. Homeopati boleh membantu masalah Hernia.

 

Untuk mereka yang ada masalah angin pasang, boleh hubungi 018-945 0277 untuk lebih banyak info & rawatan berkaitan masalah kesihatan. Walk-in juga boleh di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban, N9
Layari www.sofeahomeopathycenter.com untuk book an appoinment dengan kami.
May be an image of 1 person, hospital and text that says 'JENIS HERNIA SOFEA Umbilical Hernia Hernia lacision Femoral Hernia Umbilical Hernia Inguinal Hernia Epigestrie Incisional Hernia Inguinal lemia Hiatal Hernia Hernia Esophagus Hiatus Epigastric Hernia Diaphragm Stomach Hiatal Hernia Inguinal Hernia SOFEA HOMEOPATHY CENTER 018-945 0277'

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *