HOMEOPATI RAWAT ANGIN AHMAR
Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang.
Gejala :
i. Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan.
ii. Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba.
iii. Celaru/Keliru , susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
iv. Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
v. Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
vi. Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba.
vii. Sukar menelan
Jenis-jenis :
i. Thrombotic/Ischaemic Stroke – Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat
ii. Hemorrhagic Stroke – Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah.
Faktor Risiko :
(Yang tidak boleh diubahsuai)
i. Umur – 65 tahun keatas
ii. Jantina – Lelaki lebih tinggi berbanding wanita
iii. Sejarah Keluarga
(Yang boleh diubahsuai)
i. Tekanan darah Tinggi
ii. Kencing manis
iii. Minum Alkohol
iv. Paras Kolesterol Tinggi
v. Merokok
vi. Berat Badan yang berlebihan
vii. Cara hidup tak aktif
viii. Tekanan/Stress
ix. Pemakanan rendah serat, tinggi lemak
Cara mengelak serangan strok/angin ahmar :
i. Kawal tekanan darah
ii. Kawal tahap kolesterol
iii. Kawal penyakit diabetes
iv. Amalkan cara pemakanan sihat
v. Berhenti merokok
vi. Kerap bersenam
vii. Menangani tekanan mental
viii. Kurangkan pengambilan alkohol
Rehabilitasi/Pemulihan :
Jurupulih Pertuturan – Bantu kekalkan dan pulihkan pertuturan, nilai tahap kebolehan menelan
Jurupulih Cara Kerja – Ajar cara mengendali dan menunjuk kemahiran baru
Jurupulih Anggota – Kekal dan bantu tingkatkan pergerakan dan fungsi badan
Rawatan :
i. Di hospital, mengesan punca strok dan kenalpasti berapa luas tisu otak yang telak rosak
ii. Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
iii. Pembedahan untuk menghentikan pendarahan otak
iv. Nasihat amalan pemakanan sihat
Rawatan Homeopati :
Homeopati fokus pada 3 situasi :-
Sebelum – Tertumpu kepada risiko strok, yang melibatkan jantina lelaki dan mereka yang berusia lebih 65 tahun
Semasa – ketika simptom strok itu datang persediaan homeopati first aid kit sangat membantu dalam meredakan situasi semasa.
Selepas – Strok disebabkan kecederaan otak, dan juga salur darah pecah. Memberi kesan di mana akan menyebabkan pergerakan atau pertuturan dah tak normal. Fisioterapi bantu latih balik otot dan koordinasi otak untuk bekerja atau bergerak. Homeopati kita dapat bantu lengkapkan proses rawatan. fokus rawatan adalah pada penyembuhan dari dalaman.
Rawatan homeopati sangat natural, selamat dalam merawat secara komplemen dalam keadaan kesihatan anda. Dapatkan rawatan dengan kami secara walk-in 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban N9 atau konsultasi dalam talian di 018-945 0277 .