RAWAT ALAHAN MAKANAN DENGAN HOMEOPATI
Alahan makanan merujuk kepada kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.
Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan ?
Susu lembu, Telur, kacang Soya, Gandum, Makanan laut/Yang Bercengkerang (udang,ketam,kepah, lala) , beberapa bahan yang ada pewarna dan bahan perasa
Tanda & Gejala :
i. Bengkak (Muka, Bibir, lidah dan sekitar Mata)
ii. Kesukaran Bernafas
iii. Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (gegata/kelopak garam)
iv. Rasa loya, muntah dan cirit-birit
Kesan :
i. Tumbesaran kanak-kanak terbantut disebabkan banyak kumpulan makanan dihadkan
ii. Elak beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan.
Bagaimana nak kenal pasti ?
i. Individu sendiri/ibu bapa penjaga kena sedar dari awal lagi apakah makanan yang boleh trigger kepada alahan ini
ii. Bila dia sedar, boleh elak dari alergi tu
Adalah terbaik dengan berjumpa dengan doktor untuk kepastian
Peringatan :
i. Berhati-hati dengan bahan yang tersembunyi dalam produk makan yang tidak dinyatakan dalam label makanan
ii. Jika ada kanak-kanak yang bersekolah, maklumkan kepada pihak sekolah. Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Langkah-langkah merawat :
i. Elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
ii. Menyuntik adrenalin menggunakan jarum/pen khusus yang disediakan (keadaan yang boleh menyebabkan nyawa) – kalau nak elakkan daripada keadaan yang boleh meragut nyawa ini, perbetulkan sensitiviti badan segera sebelum ia menjadi teruk dengan rawatan homeopati.
Rawatan homeopati akan kembalikan sensitiviti badan dalam keadaan normal. Hal ini kerana alergi ini sensitiviti terlalu tinggi. Jadi dia ada pendedahan kepada makanan yang trigger sebelum ini. Badan akan mengenal pasti makanan itu sebagai bahaya. Tetapi, rawatan homeopati ini akan membuatkan badan menganggap makanan itu sebagai nutrisi. Hal ini kerana sensitiviti itu sudah kembali normal.
Rawatan homeopathy untuk alahan makanan ada dua cara, yang pertama ada simptom dan kita akan merawat simptom itu. Yang kedua, kita akan perbetulkan sensitiviti badan constitution (yang keseluruhan). Ubat yang akan diberikan juga dari bahan semula jadi dan tiada kesan sampingan.
Sepanjang musim perayaan nanti, jaga-jaga dalam pengambilan makanan sekiranya anda mengalami alahan makanan. Pastikan persediaan remedi homeopati dibawa bersama. Dapatkan nasihat homeopath sebelum mula ubat.