BAGAIMANA HOMEOPATHY RAWAT HIDUNG BERDARAH ?
Masalah pendarahan dalam hidung . Ia berlaku disebabkan saluran darah di dalam hidung koyak.
Penyebab :
i. Sejuk dan Alahan
ii. Jangkitan pada salur hidung (sinus)
iii. Hembus hidung terlalu kuat, memicit hidung, kecederaan pada bahagian dalam hidung, benda asing
iv. Dinding tengah hidung senget
v. Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah
Tanda & gejala :
i. Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung
ii. Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah
iii. Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak
Apa yang perlu diketahui mengenai hidung berdarah ?
Kebanyakan pendarahan berlaku dalam jangka masa yang pendek dan berhenti dengan sendirinya. Ia selalu berlaku pada kanak-kanak.
Pendarahan yang banyak dan teruk perlu rawatan perubatan. Biasanya disebabkan oleh gangguan pembekuan darah, tumor , ubat-ubatan
Apakah rawatan untuk hidung berdarah ? (Langkah Kecemasan)
1. Duduk tegak dan membongkok sedikit kehadapan untuk mengelak darah daripada mengalir ke tekak dan menyebabkan anda tercekik
2. Picit hidung anda untuk 10-20 minit dan nafas melalui mulut
3. Letakkan pek ais ke atas dahi dan di bahagian atas hidung. (Bantu kecutkan salur darah atau kurangkan pendarahan)
4. Digalakkan meludah darah.
(Jangan cuba hembus keluar darah yang tertinggal, kerana boleh menyebabkan pendarahan berulang)
Bagaimana anda mengelakkan daripada hidung berdarah ?
Elakkan daripada mengorek dan menghembuskan hidung dengan kuat. Rawa masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah
Apakah komplikasi ?
Dalam kes trauma adalah penting untuk memastikan tiada pengumpulan darah di septum hidung untuk mengelakkan terjadinya hidung “Saddle” berbentuk pelana kuda.
Rawatan Homeopati :
i. Bantu kawal pengaliran darah
ii. Ubat homeopati ada ubat anti-hemoragik
iii. Jika disebabkan oleh stress (sebab utama) ada perasaan/rasa yang anxiety dll. Akan ada ubat yang spesifik
iv. Selain itu based on character darah (merah, hitam, gelap atau merah menyala dan juga keadaan melekit)
v. Bantu stopkan pendarahan hidung akut (tempoh singkat)
vi. Ada ubat yang spesifik untuk merawat hidung berdarah yang berulang untuk bantu yang ada anemia dan epitaksis. Sebabnya, Bila kehilangan darah banyak, individu akan letih. Homeopati boleh bantu
vii. Betulkan balik sistem vital badan
Homeopathy merupakan rawatan alternatif yang membantu rawat masalah kesihatan. Kepada mereka yang ingin dapatkan rawatan di Sofea Homeopathy Center , boleh hubungi kita di 018-945 0277 untuk consultation online ataupun walkin ke center di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban, Negeri Sembilan.

