Sindrom carpal tunnel merupakan sesuatu keadaan di mana berlakunya tekanan kepada saraf median dalam pergelangan tangan seseorang menyebabkan rasa sakit & kebas. Saraf median berasal dari sebuah saraf tunjang dan melalui seluruh lengan hingga ke tangan.
Gejala :
i. Perasaan sakit dan kebas pada bahagian tangan. Rasa sakit dan kebas yang biasanya lebih teruk pada waktu malam terutamanya semasa tidur. Perasaan sakit ini berkurang sekiranya tangan direnggangkan.
ii. Hanya melibatkan ibu jari , jari telunjuk, tangan dan jari manis
iii. Kekuatan ibu jari merosot. Otot-otot ibu jari mengecut lalu menyebabkan masalah gunakan sudu, pensel dan sebagainya
Faktor :
i. Pernah cedera atau terseliuh di pergelangan tangan
ii. Patah tulang yang melibatkan pergelangan tangan
iii. Mengandung. Wanita hamil sering kembang pada kaki & tangan akibat pengumpulan air dalam badan
iv. Kencing manis
v. Masalah hormon pembesaran
vi. Hipertiroid
vii. Pergerakan berulang yang melibatkan pergelangan tangan .
viii. Pekerjaan seseorang yang melibatkan penggunaan komputer, penggunaan alat yang bergetar, seseorang yang guna tongkat (kerana posisi tangan yang bengkak)
Rawatan :
i. Pembedahan
ii. Ubat-ubatan (Painkiller, Steroid)
iii. Fisioterapi
iv. Pemakaian Splint
Inisiatif mencegah daripada penyakit :
i. Mengurangkan berat badan
ii. Mengawal masalah hipotiroid atau kencing manis
iii. Sentiasa melakukan senaman regangan tangan sekiranya perlu menggunakan komputer.
iv. Menggunakan keyboard yang ergonomik serta menggunakan ‘mouse pad’ apabila menggunakan komputer
Tips Bonus : – Menggunakan tasbih butir bulat2 untuk berzikir adalah lebih baik dan membantu untuk exercise tangan anda
Rawatan Homeopati :
i. Homeopati boleh bantu based on simptom yang ada. Homeopati juga boleh bantu mengurangkan rasa sakit ataupun ringankan simptom yang ada
ii. Cuba buat exercise tangan (boleh search di Youtube)
iii. Ubat/remedi akan diberikan mengikut character sakit tu, sama ada rasa sakit itu pada waktu pagi atau pada waktu malam.
Menggunakan holistik approach, dimana keadaan unik untuk anda, boleh determine ubat. Sebagai contoh, Jika anda dapatkan rawatan perubatan moden, hospital akan bagi Painkiller untuk semua pesakit yang mengalami sindrom karpal tunnel, tetapi ia hanya memberi keredaan berbanding penyembuhan.
Jika anda dapatkan ubat homeopati, ia sangat personalised untuk pesakit itu sahaja.