Adakah selalu dikaitkan penyakit parkinson hanya kepada mereka yang dah berusia ? Atau Warga Emas ?
Tapi, sebenarnya penyakit yang melibatkan sistem saraf. Bukan untuk golongan yang berusia sahaja.
Penyakit parkinson adalah penyakit sistem saraf yang mengganggu keupayaan tubuh untuk mengawal pergerakan dan keseimbangan, keadaan ini menyebabkan gegaran, kekejangan otot dan koordinasi terjejas. Parkinson juga menyerang fungsi otak. Keadaan ini kebanyakkannya memberi kesan kepada orang yang berumur 50 tahun ke atas dan lebih kerap berlaku pada lelaki berbanding wanita.
Simptom
i. Pergerakan otot perlahan
ii. Kehilangan imbangan badan yang tidak normal & berlebihan
iii. Kesukaran buang air kecil
iv. Perubahan suara dan pertuturan
v. Gangguan pemikiran/memori (Dimensia)
Faktor
i. Usia :
Bermula pada pertengahan usia hingga usia tua. Umur 60 tahun keatas lebih berisiko mendapatkan parkinson
ii. Keturunan :
Mempunyai saudara mara terdekat yang mengalami parkinson lebih berisiko untuk mendapatkan penyakit parkinson
iii. Jantina :
Lelaki lebih kerap menghidap parkinson berbanding wanita
Kaedah Diagnosis
i. Pemeriksaan neurologi & fizikal
ii. Pemeriksaan gejala & tanda
iii. X-ray
iv. Sejarah kesihatan
v. Ujian Darah
Cara mengelakkan keadaan pesakit semakin teruk
i. Kerap bersenam
ii. Makan-makanan yang sihat
iii. Lakukan senaman otak (Membaca bahan santai, Mendengar muzik klasik, Permainan Teka Teki Silang)
Kaedah Rawatan
i. Ubat-ubatan
ii. Pembedahan
iii. Terapi
Rawatan Homeopati
Ubat/Remedi homeopati boleh stopkan progres parkinson dapat improve simptom parkinson. Homeopati juga boleh bantu koordinasi otot, gigil-gigil keadaan seperti kaki selalu goyang, muscle cramp.
Selain itu, faktor masa (setiap pagi ke petang ke atau malam) homeopati boleh bantu keadaan itu. Emosi yang ada ketika berlaku panic attack dan depression yang orang parkinson ini rasa homeopati boleh bantu selesaikan masalah itu, kerana matlamat homeopati adalah untuk penyembuhan.