HOMEOPATI BANTU MASALAH TALASEMIA
Apa itu talasemia ?
Kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti . Berlaku perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin.
Merupakan penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen.
Jenis-jenis Talasemia :
Major – Pesakit Talasemia
Minor – Pembawa, tiada gejala & kelihatan sihat
Tanda-tanda :
Sel darah merah dalam penghidap major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja. Berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.
Tanda-tanda Awal Pada Kanak-Kanak :
i. Kelihatan normal semasa kelahiran . Walaubagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk diusia 4-24 bulan
ii. Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah
iii. Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas.
iv. Kulit, mata dan muka kelihatan kekuningan
v. Kurang selera makan
vi. Kembung perut disebabkan oleh pembengkakan hati & limpa
vii. Perubahan pada pembentukan tulang muka
Bagaimana untuk mengesahkan talasemia ?
i. Sejarah dan pemeriksaan fizikal
ii. Penyelidikan makmal
Bagaimana Talasemia dirawat ?
i. Pesakit talasemia major memerlukan pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali
ii. Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ utama seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin
iii. Zat besi yang berlebihan boleh dikeluarkan melalui terapi ‘chelation’
iv. Splenectomy (Pembuangan limpa)
v. Pemindahan sumsum tulang
vi. Ubat-ubatan
Rawatan homeopati :
Selepas diagnosis, rawat secara holistik. Bila kita mengetahui nature seseorang then kita boleh beri ubat yang tepat, kita akan tanya berkaitan keseluruhan masalah kesihatan diri anda, termasuklah penyakit keturunan, atau sejarah ubat-ubatan.
Jika anda telah didiagnosis dengan masalah talasemia, boleh dapatkan rawatan secara holistik di Sofea Homeopathy Center , dibuka dari jam 09:30 pagi hingga 06:00 petang dari hari Isnin sehingga Sabtu. Untuk konsultasi dalam talian boleh hubungi 018-945 0277 ataupun tempah temujanji anda dengan kami di www.sofeahomeopathycenter.com