BAHU KAKU BUAT TAK SELESA NAK LAKUKAN RUTIAN HARIAN. HOMEOPATI BOLEH BANTU MASALAH ANDA
Definisi :
Bahu frozen adalah keadaan dimana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Bahu frozen akan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakan sendi bahu dan kesakitan.
Apa yang berlaku ?
Keradangan akan turut diikuti dengan ketebalan dan ketegangan kapsul sendi bahu
Fasa :
- Fasa kesakitan – bahu mengalami kesakitan di dalam kebanyakan pergerakan dan mula merasa ketat
- Fasa Penyakatan (Freezing) – Penghidap akan mengalami kesukaran semasa mengangkat tangan melepasi kepala dan semasa digerakkan ke bahagian belakang pinggang.
- Fasa Thawing – Bahu akan merasa ringan dan bebas melakukan gerakan. Pergerakan sendi mula beransur pulih.
Simptom :
i. Kesakitan dan kekerasan dibahu dan mengakibatkan pengurangan dalam pergerakan
ii. Otot semakin mengecil
iii. Kesakitan dirasai ketika berehat/tidur menganggu kualiti hidup penghidap
Risiko :
i. Umur – Lebih antara 40-60 tahun
ii. Jantina – Wanita. 70% kumpulan penghidap
iii. Bahu yang telah mengalami kecederaan atau pembedahan
iv. Penyakit Diabetes
v. Lain-lain penyakit sistemik badan
vi. Penyakit Endokrin
Rawatan Awal :
Protection – Elak bahu yang terlibat dari melakukan aktiviti yang membebankan
Rest – Berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanan dan rehat secukupnya perlu diambil.
Ice – Rawatan sejuk mengurangkan inflamasi sendi pada peringkat awal dan bantu kurangkan sakit.
Compression – Sekiranya bengkak masih ada, balut elastic bandage bagi meningkatkan sistem pengaliran darah.
Rawatan Fisioterapi :
Modaliti untuk mengurangkan sakit Haba/Sejuk
Senaman – Regangan dan kekuatan
Nasihat :-
i. Kurangkan angkat bebanan berat
ii. Jangan mengiring himpit bahu
iii. Sentiasa kuatkan otot bahu yang terlibat
Bagaimana cara frozen bahu dielakkan ?
Elakkan sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap limitasi gerakan bahu.
Rawatan Homeopati :
i. Homeopati akan beri anda ubat specifik untuk keadaan pesakit itu. Keadaan bila nak gerak awal-awal sakit, lepastu lega.
ii. Kalau frozen shoulder belah kanan, malam makin teruk, nak angkat tangan pun tak boleh
iii. Kalau frozen bahu belah kiri, sakit dan akan rasa lega bila di tuam air panas.
iv. Banyak lagi keadaan specifik , homeopati ada kriteria ubat yang sepadan atau match dengan sakit anda. Masa consultation, anda akan surprise yang ada ubat ke atas sakit yang anda sedang alami itu. Bila tanya kepada homeopath, ubat ada sesuai untuk diberikan berdasarkan sakit anda. Anda akan juga surprise dan excited untuk pulih/sembuh kembali.