Definisi :
Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit/lapisan kulit akibat terdedah kepada :
i. Haba seperti api, cecair panas atau wap/stim
ii. Bahan Kimia
iii. Arus elektrik dari aliran elektrik atau panahan petir
iv. Sinaran
v. Geseran
Simptom :
Simptom melecur bergantung kepada tempat terkena lecuran, jenis bahan, tahap dan ketenatan. Simptom yang biasa adalah sakit dan kemerahan. Dalam kes yang tenat pembengkakan & melepuh akan terjadi diikuti kerosakan tisu pada bahagian yang terlibat.
Bagaimana menentukan tahap keterukan melecur ?
Tahap Pertama : Lecur pada lapisan kulit bahagian atas (epidermis)
Tahap Kedua : Melecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua (Epidermis, Dermis)
Tahap Ketiga : Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf menyebabkan rasa kebas
Tahap Keempat : Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot & tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit
Luasnya luka lecur dikira sebagai peratusan dimana ukuran selebar tapak tangan mangsa dianggarkan sebagai 1% . Semakin tinggi peratusan permukaan kulit yang lecur, semakin teruk keadaan pesakit . Lecur pada muka, tangan, kaki dan kelengkang dikira sebagai lecur yang teruk.
Apakah komplikasi luka lecur ?
i. Kehilangan bendalir tubuh dari kulit yang luka
ii. Sesak nafas disebabkan lecur pada saluran pernafasan
iii. Jangkitan kuman & kerosakan pada saraf dan otot
iv. Pembentukan parut, kecacatan kekal, psikologi trauma
Pencegahan :
Bagi mengurangkan risiko mendapat lecur di rumah :
i. Jangan meninggalkan memasak di atas dapur menyala
ii. Jauhkan pemegang periuk kebelakang tungku dapur
iii. Gunakan sarung tangan khas untuk oven yang menutupi tangan hingga pergelangan tangan
iv. Jangan memasak dengan memakai pakaian yang terlalu longgar sehingga mudah menangkap api semasa memasak
v. Simpan bahan kimia, pemetik api, atau mancis dari kanak-kanak
Bagaimana pesakit melecur di rawat ?
Lakukan :
i. Sejukkan & cuci bahagian terlibat dengan air bagi mengurangkan sakit
ii. Bawa pesakit ke klinik @ hospital terdekat
Elakkan :
i. Menutup luka lecur menggunakan kain yang kotor
ii. Menggunakan ais pada luka lecur kerana ia akan terukkan lagi kecederaan
Lecur yang teruk :
i. Luka lecur yang melibatkan muka, kedua tangan , dan kaki serta bahagian kelengkang memerlukan rawatan segera
ii. Luka lecur mungkin memerlukan prosedur tampalan kulit
Rawatan homeopati :
Dalam pemilihan ubat homeopati, melecur yang disebabkan benda panas, direct api. Ataupun melecur disebabkan oleh terkena cecair yang panas. Air panas, wap panas.
Konsep perubatan yang lebih advance daripada modaliti (jenis) perubatan iaitu, homeopati ada ubat untuk sakit yang muncul selepas daripada insiden melecur.
Selepas terkena lecur, ada individu jadi tidak sihat. Contoh : Tak sihat bila cuaca elok/cerah, ataupun keadaan yang mudah nak terkucil. Apapun , perawat akan dapatkan maklumat anda secara holistik semasa proses consultation.
Untuk dapatkan rawatan berkaitan luka lecur ataupun rawatan kecemasan akut, homeopati boleh bantu ada . Hubungi 018-945 0277 dan juga walk-in ke center kami di alamat 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu Seremban N9. Center buka setiap hari Isnin-Sabtu jam 09:30 pagi sampai 06:00 petang.