PCOS dan Rawatan Homeopathy

PCOS atau dikenali sebagai Polycystic Ovary Syndrome adalah masalah yang dihadapi oleh wanita.

 

Apa itu Pcos ?

Adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang menghidapinya. Menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menjejaskan kesuburan pesakit.
Penyebab : Wanita Pcos mempunyai tahap hormon-hormon pituitari luteinizing dan hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi mengganggu fungsi normal ova (telur).

 

Simptom :

i. Kitaran haid – yang tidak teratur atau tidak datang sama sekali
ii. Hirsutism : Mempunyai bulu di muka atau badan yang lebih daripada biasa.
iii. Kehilangan rambut di kepala
iv. Obes
v. Jerawat atau kulit muka berminyak
vi. Kemurungan atau berubah suasana hati (mood)

 

Diagnosis :

i. Haid tidak teratur atau jarang/ataupun tidak ada period.
ii. Hormon terlalu tinggi. Bulu badan dan di muka yang lebih daripada biasa. Ujian darah yang menunjukkan kadar testeron yang lebih tinggi daripada wanita biasa.
iii. Imbasan ultrasound yang menunjukkan ovari polisistik

 

Rawatan :

i. Pil Perancang (OCP) untuk betulkan kitaran haid. Ia juga boleh menghindarkan kanser rahim.
ii. Progestin : Sejenis hormon yang diberi selama 21 hari untuk 1-3 bulan . Ia boleh mengatur haid tapi tidak membantu dalam jerawat.
iii. Hirsutism : Bulu yang berlebihan di badan. Boleh dirawat dengan bercukur, kaedah electrolysis atau rawatan laser.
iv. Penurunan berat badan – kaedah yang paling efektif dalam mengawal insulin , mengatur semula kitaran haid kembali normal & simptom-simptom pcos lain
v. Metformin (Glucophage) – Ubat untuk meningkatkan insulin dalam badan. Boleh bantu ovolasi bagi sesetengah penghidap Pcos, lebih-lebih lagi yang ada obes dan kencing manis (DM)
vi. Ketidaksuburan (Pengurangan berat badan, clomiphene, ubat anti FSH)

 

Komplikasi :

i. Kencing MAnis (DM)
ii. Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)
iii. Penyakit Jantung Koronari (disebabkan DM & Obes)
iv. Kanser (Kanser Rahim)
v. Kemurungan
vi. Berdengkur & mamai di waktu pagi.

 

Bagaimana kurangkan komplikasi :

i. Amalkan tabiat mengambil makanan yang sihat dan seimbang
ii. Amalkan puasa sunat setiap Isnin & Khamis dan puasa sunat yang lain
iii. Istiqomah dalam senaman dan bersenam paling kurang 3 kali/seminggu
iv. Kurangkan berat badan ( Boleh mengurangkan risiko kencing manis, koronari jantung dan tisu rahim makan menebal.
v. Saringan kesihatan lebih kerap dan berkala

 

Rawatan homeopati :

Rawatan adalah secara holistik , Boleh merawat kitaran haid dengan cara ambil ubat homeopati akut. Rawatan juga diberikan secara menyeluruh yang melibatkan aspek fizikal, emosi serta mental.
Sekiranya anda ada masalah kewanitaan atau yang melibatkan gangguan hormon kewanitaan, boleh dapatkan rawatan anda di Sofea Homeopathy center kerana remedi kami tiada kesan sampingan dan sumber nya dari bahan semulajadi.

 

Book an appoinment di website kita www.sofeahomeopathycenter.com untuk waktu dan tarikh datang center ataupun boleh juga walk-in ke center di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, NSDK. Kami beroperasi dari jam 09:30 pagi hingga 06:30 petang. Hubungi 018-945 0277 untuk pertanyaan dan rawatan dengan kami.
May be an image of 1 person and text that says 'PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) SOFEA 제지제제를 Simptom Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang sama sekali Hirsutism Mempunyai bulu di muka atau badan yang lebih daripada biasa. Kehilangan rambut di kepala Jerawat atau kulit muka berminyak Kemurungan atau berubah suasana hati (mood) Obesiti (lebihan berat badan) @sofeahomeopathycenter www.sofeahomeopathycenter.com'

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *