Rawatan BEDSORES dengan Homeopathy

APA ITU BEDSORES? — BILA TERLANTAR TERLALU LAMA BOLEH BAWA LUKA

 

Bedsore bukan sekadar luka biasa. Ia boleh bawa maut kalau tak dijaga.

 

APA ITU BEDSORE?

Bedsore (juga dikenali sebagai ulser tekanan atau pressure injury) adalah luka yang terjadi akibat tekanan berpanjangan pada kulit, terutamanya bila seseorang tidak bergerak terlalu lama – contohnya terlantar di atas katil atau duduk lama di atas kerusi roda.

 

SIAPA PALING BERISIKO?

Orang yang:
– Koma atau tidak sedar
– Lumpuh
– Guna kerusi roda
– Pakai cast atau splint dalam tempoh lama
– Guna alat perubatan seperti oksigen (tekanan di hidung, pipi, telinga)
Nota: Pesakit dengan keadaan kesihatan seperti diabetes, kegagalan jantung, malnutrisi, kanser, atau kecederaan saraf tunjang juga lebih mudah mendapat bedsore.

 

KENAPA IA TERJADI?

Tekanan berpanjangan menyebabkan aliran darah ke kulit tersekat → sel kulit mati → luka terbentuk.
Faktor yang mempercepatkan bedsore:
– Kulit sentiasa lembap (peluh, air kencing, najis)
– Kulit tertarik atau tergesel (contoh: pesakit tergelincir dari katil atau kerusi roda)

 

DI MANA KAWASAN SELALU TERJEJAS ?

– Buku lali
– Tumit
– Siku
– Belakang kepala & telinga
– Punggung
– Tulang pinggul
– Tulang ekor

 

PERINGKAT BEDSORE

Stage 1
Kulit merah/pink, tiada luka terbuka, rasa hangat/sakit bila disentuh

 

Stage 2
Kulit melecet atau melepuh, mula luka terbuka

 

Stage 3
Luka masuk ke lapisan lemak, lebih dalam

 

Stage 4
Luka sangat dalam, hingga ke otot, tendon atau tulang

 

KOMPLIKASI BERBAHAYA

– Jika tak dirawat, bedsore boleh jadi:
– Jangkitan darah (sepsis)
– Meningitis bakteria
– Jangkitan tulang (osteomielitis)
– Penyakit “makan daging” (necrotizing fasciitis)

 

Tanda bedsore dah berjangkit:

– Demam, menggigil
– Luka berbau busuk
– Nanah keluar
– Kemerahan dan rasa panas bila sentuh
– Sakit & bengkak

 

CARA DIAGNOSIS

– Pemeriksaan luka
– Biopsi kulit
– Ujian darah/kultur nanah
– X-ray atau MRI untuk periksa jangkitan tulang

 

RAWATAN

i. Stage 1 & 2:
– Bersihkan luka dengan sabun atau saline
– Gunakan pembalut perubatan khas (foam, hydrogel, alginates)

 

ii. Stage 3 & 4:
– Rujuk pakar luka
– Perlu debridement (buang tisu mati)
– Antibiotik jika ada jangkitan
– Painkillers jika sakit

 

RAWATAN HOMEOPATHY YANG BOLEH BANTU

REMEDI 1 – Ulser kronik, luka dalam yang lambat sembuh
REMEDI 2 – Cegah keracunan darah, bantu luka bernanah
REMEDI 3 – Keluarkan nanah cepat, bantu luka sembuh cepat
REMEDI 4 – Luka merah/biru, cegah pembentukan nanah awal
REMEDI 5 – Rasa terbakar, kulit merah jambu, sensitif disentuh
REMEDI 6 – Luka berbau busuk, lebih teruk waktu malam
REMEDI 7 – Luka bernanah, keluar darah, sakit teruk bila sentuh
REMEDI 8 – Mempercepatkan proses penyembuhan, antiseptik semulajadi

 

LANGKAH PENCEGAHAN BEDSORE

1. Tukar posisi setiap 15 minit (jika duduk), setiap 1-2 jam (jika baring)
2. Periksa kulit setiap hari – rasa sakit, panas, merah
3. Gunakan tilam/kusyen tekanan rendah
4. Kekalkan kebersihan & kelembapan kulit
5. Sapu krim pelindung (barrier cream)
6. Makan makanan seimbang dan banyakkan minum air
7. Tukar cadar, baju & seluar dalam dengan kerap
8. Buat aktiviti fizikal ringan jika boleh

 

RAWAT DARI AWAL, ELAK KOMPLIKASI

Bedsore bukan luka kecil. Ia boleh jadi serius dan membawa maut. Jika anda atau ahli keluarga mengalami tanda-tanda awal, ambil tindakan segera. Rawatan konvensional boleh digabungkan dengan rawatan homeopathy untuk mempercepatkan penyembuhan secara semulajadi.
Untuk konsultasi lanjut atau rawatan, hubungi kami 018-945 0277 di Sofea Homeopathy Center atau walk-in di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, 70450 Seremban Negeri Sembilan. – kami sedia bantu anda dengan solusi yang menyeluruh.
May be an image of 1 person and text

 '#justsharing Emak aritu dalam tempoh sebulan je dah ada bedsore, risiko actually dari st day terlantar sebab mak badan besar kan. Badan je di-ngiringkan masa kat hosp, bahag an bontot stil ada tekanan. Har jadi detect tak elok2 rupanya dia dah makan dalam. Berongga-rongg dalam tu bila dah bersihkan air nanah We olls pulak 1st time gini stake juga Thanks dr.n sha sofea from homeopathy centre taman because take care so much mak punya luka since dah years Dari luka stage gambar no.1 tu until now dah macam lasttu Tinggal nak tutup g sikitttt Alhamduli llahh Allah İzinkan Our'
THE FEEDBACK

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *