BAGAIMANA CYSTIC FIBROSIS – HOMEOPATHY BANTU ?

BAGAIMANA CYSTIC FIBROSIS – HOMEOPATHY BANTU ?

 

Apakah Itu ?

Penyakit genetik yang menyebabkan penghasilan lendir pekat dan melekit dalam organ seperti paru-paru dan pankreas.
Lendir ini menyumbat saluran pernafasan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu fungsi penghadaman.

 

Punca :

Disebabkan faktor genetik — perlu ada 2 gen rosak (satu daripada ibu dan satu daripada ayah).

 

Tanda & Gejala

Bentuk Klasik (Kistik Klasik):

– Berat badan susah naik walaupun selera makan baik dan ambil kalori mencukupi.
– Najis cair / berminyak.
– Masalah pernafasan dan semput berulang.
– Kerap dapat jangkitan paru-paru seperti bronkitis atau pneumonia.
– Sinus berulang.
– Batuk berterusan dan mengganggu.
– Pertumbuhan badan perlahan.

 

Bentuk Atipikal (Kistik Atipikal):

– Resdung kronik.
– Masalah pernafasan, asma atau COPD.
– Polip hidung.
– Serangan radang paru-paru berulang.
– Dehidrasi atau strok haba.
– Masalah kesuburan.
– Cirit-birit.
– Radang pankreas (pankreatitis).
– Turun berat badan mendadak.

 

Cara Diagnosis

– Saringan bayi baru lahir (ambil titisan darah melalui tusukan tumit).
– Ujian peluh (ukur kandungan klorida dalam peluh).
– X-ray dada atau sinus.
– Ujian genetik.
– Ujian fungsi paru-paru & kultur kahak.
– NPD (Nasal Potential Difference) – mengukur voltan di hidung.
– Ujian CM Intestinal Current Measurement.
– Biopsi tisu rektum untuk lihat pergerakan ion klorida.

 

Rawatan Perubatan

– Membersihkan saluran udara secara berkala.
– Ubat khas untuk cystic fibrosis.
– Pembedahan jika perlu.

 

Komplikasi

– Masalah pernafasan, penghadaman dan organ pembiakan.
– Lendir pekat meningkatkan risiko jangkitan.
– Risiko tinggi mendapat diabetes dan tulang rapuh (osteoporosis).
– Lelaki — sukar dapat anak tanpa bantuan teknologi kesuburan.
– Wanita — penurunan tahap kesuburan dan risiko komplikasi kehamilan.

 

Rawatan Homeopathy

Rawatan dibuat berdasarkan simptom individu (Individualisation – CR, Miasm, Nosode) dengan tujuan:
– Membantu membaiki tisu paru-paru.
– Mengurangkan masalah pernafasan.
– Mengurangkan kesakitan.

 

Contoh Remedy:

REMEDI 1 –

* Nafas pendek dan susah, bertambah teruk bila tarik nafas dalam.
* Batuk siang hari, lebih teruk selepas makan/minum benda sejuk.
* Kahak mudah keluar berwarna hijau.
* Asma lebih teruk waktu malam.
* Berdebar dan rasa cemas.

 

REMEDI 2 –

* Batuk tidak sakit tetapi suara garau waktu pagi.
* Perlu tarik nafas setiap kali bercakap atau bergerak.
* Batuk teruk bila tarik nafas.
* Kahak longgar tetapi rasa manis di tekak.

* Dada sangat sensitif disentuh, rasa lemah sehingga tak mampu bercakap.

 

Jangan tunggu gejala jadi teruk — dapatkan konsultasi awal. Hubungi 018-945 0277 ataupun boleh booking apointment anda di website kami
May be a doodle of slow loris and text that says 'Cystic Fibrosis Penyakit genetik yang menyebabkan penghasilan lendir pekat dan melekit dalam organ seperti paru-paru dan pankreas. Lendir ini menyumbat saluran pernafasan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu fungsi penghadaman. SOFEA PUNCA TANDA & GEJALA Disebabkan taktor genetik- perlu ada 2 gen rosak (satu daripada ibu dan satu daripada ayah) CARA DIAGNOSIS BENTUK KLASIK (KISTIK KLASIK) Resdung kronik Masalah perna- fasan, asma •COPD •Pollp hidung Serangan radang paru-paru yang kerap Dehidrasi strok haba Masalah kesuburan •Cirit-birit •Pankroatis Turun berat balan •Ujian Genetik X-ray Dada Ujian Peluh Ujian fungsi paru-paru Pemeriksaan bayi baru lahir Nasal Potential Difference SOFEA HOMEOPATHY CENTER 018-945 0277'

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *