GANGLION & RAWATAN HOMEOPATHY
Apa itu sista ganglion ?
Merupakan kantung kecil cecair yang terbentuk di atas sendi atau tendon. Di dalam sista terdapat bahan yang tebal, melekit, jernih tidak berwarna seperti jeli.
Simptom :
i. Benjolan atau jisim lembut yang berubah saiz tetapi tidak bergerak
ii. Bengkak yang muncul dari semasa ke semasa atau secara tiba-tiba
iii. Satu sista besar/banyak yang lebih kecil mungkin berkembang, tetapi biasa disambungkan oleh tisu yang lebih dalam.
iv. Sakit mungkin kronik dan menjadi teruk dengan pergerakan sendi.
v. Apabila sista disambungkan ke tendon mungkin merasakan lemah pada jari yang terjejas.
Punca/ Faktor Risiko ;
i. Trauma menyebabkan tisu sendi rosak → membentuk sista kecil → menjadi jisim yang lebih besar dan jelas
ii. Lebih kerap berlaku pada wanita, dan 70% berlaku pada orang yang berumur antara 20-40 tahun
Diagnosis :
i. Doktor mungkin mendapat pengesahan lanjut dengan menggunakan picagari untuk mengeluarkan sebahagian cecair dalam sista
ii. Gambar ultrasound dibuat apabila gelombang bunyi melantun dari tisu yang berbeza. Ia boleh menentukan sama ada benjolan berisi cecair (cystic) atau jika ia pepejal.
iii. Ultrasound boleh mengesan sama ada terdapat arteri atau saluran darah yang menyebabkan ketulan
iv. MRI untuk melihat pergelangan tangan
Rawatan :
i. Pemeriksaan rutin pakar tulang dan sendi (ahli ortopedik)
ii. Penjagaan diri di rumah
iii. Rawatan Perubatan (Aspiration, Anti-Inflammatory)
Rawatan Homeopati :
i. Homeopati akan tengok tahap saiz sama ada besar atau kecil.
Jika keadaan itu kecil, homeopati boleh bantu untuk manage rasa sakit sebab keadaan tu dah kacau laluan saraf.
ii. Ganglion itu dah besar perlu dapatkan rawatan segera di Hospital/Konvensional. Seterusnya, homeopati boleh bantu untuk stopkan progress. Elakkan ganglion itu jadi bilik.