Perkara yang Mencetuskan Migrain

Adakah anda mengenali masalah kesihatan yang ada dalam diri anda ?
Pernah tak anda berjumpa dengan doktor untuk diagnosis kesihatan anda ?
Salah satu masalah yang sering dialami oleh individu adalah Migrain. Kerap sakit kepala juga boleh jadi anda ada Migrain.
Tahukah Anda semua berkaitan Migrain ?

 

INFO RINGKAS

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.
Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Ia bermula di sebelah kepala dan kemudian melarat kedua-dua belah bahagian kepala.

 

Gejala :

i. Pening
ii. Loya
iii. Muntah
iv. Cirit Birit
v. Sensitif terhadap bunyi dan cahaya

 

Perkara yang mencetuskan migrain :

i. Stress atau tekanan atau overlimit berkaitan kemampuan individu dari segi fizikal , emosi dan mental.
ii. Pengambilan alkohol
iii. Tidak cukup tidur
iv. Setengah jenis makanan (coklat, keju, kopi dan teh)
v. Perubahan hormon ketika haid
vi. Tabiat merokok

 

Jenis-jenis migrain :

Migrain Klasik & Migrain Biasa

 

i. Migrain Klasik –

Sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal aura yang akan dialami sebagai tanda amaran. Aura tu macam nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas, pening dan sukar bercakap dengan jelas. Lepas aura tu hilang, migrain akan menyerang.

ii. Migrain Biasa –

Sakit kepala yang dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Lebih kerap dialami oleh kaum wanita.

 

Rawatan :

i. Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
ii. Elakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain
iii. Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migrain.

 

Rawatan Homeopati :

Biasanya orang ambil paracetamol atau painkiller boleh melegakan migrain. Adakah anda rasa paracetamol dan painkiller dapat menyembuhkan migrain atau sekadar lega sahaja ?

 

Migrain itu akan datang semula apabila ada trigger. Kalau anda kerap kena migrain dan kerap juga ambil painkiller atau paracetamol, bila masalahnya migrain anda nak selesai ? Jadi anda perlu dapatkan rawatan di Sofea Homeopathy Center.

 

Anda tahukan sakit anda tu dimana ? Setiap bahagian sakit, di homeopati akan dapat remedi yang berbeza-beza kerana ia mengikut simptom atau kriteria sakit anda.

 

Oleh itu, dapatkan penyelesaian sakit kepala anda disebabkan oleh migrain di Sofea Homeopathy Center . Rawatan yang selamat dan semulajadi.

 

Rawatan boleh secara dalam talian melalui whatsapp kami, 018-9450277 ataupun ke center kami beralamat di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban, N9

 

Untuk lebih banyak info berkaitan Sofea Homeopathy Center, Boleh layari

Leave a Comment

Your email address will not be published.