Bagaimana Keadaan Wanita yang Mengalami Menopause ?

Kenali Proses Menopause Anda

 

Menopause atau putus haid merupakan suatu keadaan ovari wanita berhenti menghasilkan hormon estrogen sekaligus menyebabkan ketiadaan haid untuk setahun atau lebih. Lingkungan umur wanita yang akan mengalami haid adalah 50-60 tahun.

 

Proses Menopause :

 

Perimenopause (Proses Permulaan) –

Bermula beberapa tahun sebelum putus haid. Ovari beransur-ansur menghasilkan estrogen yang sedikit. Wanita mengalami perubahan tubuh, perasaan dan hormon.

 

Menopause (Proses Pertengahan) –

Adalah masa selepas setahun atau beberapa tahun menamatkan haid , pada peringkat ini ovari telah berhenti menghasilkan telur dan juga estrogen.

 

Postmenopause (Proses selepas menopause) –

Berlaku selepas tempoh menopause. wanita akan mengalami simptom seperti ‘hot flashes’. Estrogen yang banyak dan boleh menyebabkan Osteoporosis.

 

Simptom :

i. Berpeluh apabila tidur waktu malam
ii. Mengalami masalah memori & fokus sering terganggu
iii. Sering sakit kepala
iv. Perubahan kitaran haid
v. Kuantiti pendarahan haid yang sedikit
vi. Emosi cepat berubah & sering kali berasa risau atau resah.

 

Semua wanita harus tahu bahawa menopause atau putus haid akan berlaku pada semua wanita yang datang haid. Tidak perlu panik dan boleh mendapatkan nasihat doktor sekiranya buntu mengenai konsep atau permulaan menopause.

 

Petua untuk mengharungi menopause :

i. Mengamalkan gaya hidup sihat
ii. Mengamalkan diet yang seimbang yang terdiri daripada (kalsium dan magnesium) untuk mengelakkan tulang yang mudah rapuh
iii. Golongan suami, perlu memahami isteri dan memberi sokongan emosi

 

Rawatan Homeopati :

  • Homeopati boleh membantu wanita yang dalam proses menopause mengikut simptom atau tanda yang ditunjukkan.
  • Sebagai contoh, sakit kepala akan menerima ubat homeopati yang fokus kepada mereka yang sudah masuk fasa menopause. (ubat homeopati pelbagai kriteria sekiranya anda perlukan untuk sakit kepala)
Kepada kaum wanita, menopause bukanlah satu bebanan. Ia adalah proses yang normal untuk dilalui oleh wanita. Nikmati fasa ini dengan sesuatu yang memberi manfaat.

 

Untuk menjalani hari-hari anda dengan lebih ceria , dapatkan rawatan homeopati untuk penyelesaian masalah kesihatan anda. Rawatan homeopati adalah rawatan yang holistik. Bukan sahaja melibatkan fizikal individu tu, malahan rawatan juga melibatkan emosi dan mental.

 

Boleh dapatkan rawatan homeopati secara dalam talian secara online-consultation di 018 – 945 0277 ataupun walk-in ke center kami di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban.
Layari laman web kami www.sofeahomeopathycenter.com untuk dapatkan maklumat lanjut.
Keadaan Wanita yang Mengalami Menopause

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *