Konjuktivitis dan Rawatan Homeopati

Konjunktivitis bermaksud selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Radang pada konjuktiva dikenali sebagai konjunktivitis. ia adalah penyakit kerap terjadi dan disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan.

 

Jenis-jenis:

 

i. Disebabkan oleh bakteria

  • Mata merah
  •  Discaj Pekat (Tahi mata berwarna putih/kekuningan)
  • Kelopak mata melekat (teruatama bangun pagi)
  • Selalunya bermula satu mata, dan berjangkit ke sebelah mata
  •  Berlarutan selama seminggu

 

ii. Disebabkan oleh Virus

  • Mata merah
  • Discaj Cair (Airmata banyak)
  • Bermula satu mata dan jangkit sebelah mata
  • Berlarutan 2 minggu atau lebih

 

iii. Disebabkan oleh Alahan

  • Mata Merah
  • Gatal mata, kadang kala hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis)
  • Discaj yang berlendir
  • Mata sentiasa berair
  • Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama
  • Boleh berlanjutan buat masa yang lama.

 

Cara Elak Jangkitan :

Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah
  • Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti
  • Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata
  • Elakkan tempat yang sesak atau hantar anak ke sekolah/pusat asuhan selagi mata anak anda masih merah/berair
  • Jangan berkongsi tuala muka, kosmetik, ubat titis mata
  • Buang semua ubat titis mata setelah anda sihat.

 

Rawatan Penyakit Konjunktivitis :

 Disebabkan oleh bakteria

  • Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan salap mata secara lebih kerap
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu

 

Disebabkan oleh virus

  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu
  • Ubat titis antibiotik diberi untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria

 

Disebabkan oleh Alahan

  • memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal

 

Rawatan tambahan lain :

  • Cuci atau lap mata dengan air suam
  • Elakkan mengguna kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang.

 

Rawatan Homeopati :

Ubat akan diberikan bergantung pada simptom apa yang ada. Tahi mata punya karakter sama ada dari segi warna, jenis pekat ke atau cair akan jadi ubat yang berbeza.
Ataupun dalam keadaan yang baru atau lama. Boleh dilihat dari tempoh, sekiranya disebabkan oleh bakteria, mengambil masa seminggu. Disebabkan oleh virus sekitar 2-3 minggu dan alahan adalah dalam fasa gatal tu.
Kalau disebabkan oleh kecederaan pun ada ubatnya.

 

Untuk rawatan lanjutan berkaitan masalah konjuktivitis, boleh dapatkan rawatan secara walk in ke center di 9450, Jalan kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban NSDK ataupun hubungi kami di 018-945 0277 untuk rawatan secara dalam talian.

 

May be an image of text that says 'KONJUKTIVITIS JENIS JENIS Disebabkan oleh Bakteria SOFEA Mata merah Discaj Pekat (Tahi mata berwarna putih/kekuningan) Kelopak mata melekat (teruatama bangun pagi) Selalunya bermula satu mata, dan berjangkit ke sebelah mata Berlarutan selama seminggu Mata merah Disebabkan oleh Virus Discaj Cair (Airmata banyak) Bermula satu mata dan jangkit sebelah mata Berlarutan 2 minggu atau lebih Disebabkan oleh Alahan Mata Merah Gatal mata, kadang kala hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis) Discaj yang berlendir Mata sentiasa berair Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama Boleh berlanjutan buat masa yang lama. SOFEA HOMEOPATHY CENTER 018-945 0277'

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *