Apa yang dikatakan Bell palsy ?
Bagaimana keadaan ini berlaku ?
Bell Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkatkan di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Boleh menekankan urat saraf.
Berlaku secara tiba-tiba , biasanya di sebelah muka. Biasa berlaku di antara umur 10-40 tahun. majoriti pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Berlaku pada lelaki dan wanita.
Tanda-tanda :
i. Sebelah muka akan menjadi lemah dan apabila senyum, sebelah otot muka yang berfungsi
ii. Tidak berupaya mengunyah makanan. Makanan akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minum pula air liur meleleh tapi mulut.
iii. Tak upaya menutup mata dan menyebabkan mata kering
iv. Tak dapat kedutkan dahi, tak dapat meniup atau kembangkan pipi
v. Bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P
vi. Deria rasa juga terjejas
Bagaimana Bell Palsy dapat dikesan ?
i. Gejala tidak menutup kelopak mata serta lain-lain akan membantu doktor mengesahkan keadaan bell palsy
ii. Melakukan pemeriksaan pendengaran dan stabiliti
Simptom :
i. Bell Palsy boleh terjadi dalam masa seminggu dua selepas demam, jangkitan telinga (ear infection) atau jangkitan mata (eye infection)
ii. Perubahan pada muka ketika bangun pagi atau ketika cuba makan atau minum
Risiko :
i. Hamil
ii. Mempunyai masalah kencing manis (Diabetes)
iii. Jangkitan kuman pada paru-paru (Lung Infection)
iv. Sejarah Keluarga
Rawatan :
i. Ubat anti keradangan
ii. Ubat antiviral / antibakteria
iii. Ubat tahan Sakit
iv. Ubat Mata
Rawatan di Rumah :
i. Pelekap mata (eye patch) bagi mengurangkan masalah kekeringan mata.
ii. Letakkan tuala suam ke atas muka bagi melegakan rasa sakit
iii. Urutan muka (facial massage)/menggunakan ice (ice massage)
iv. Terapi fizikal bagi merangsang otot muka
Rawatan homeopati :
Remedi 1 : Keadaan bila dalam Cuaca Sejuk, perasaan yang sedang lalui Sangat takut
Remedi 2 : Muka menjadi tegang & kejang
Remedi 3 : Kena dekat bahagian belah kiri, jadi lemah lepas kena
Remedi 4 : Sikit-sikit dia rasa perubahan dekat muka. Kebanyakan kena pada belah kanan
Remedi 5 : Lumpuh sebelah muka, tegang, rasa sakit , ada pening lalat, lagi teruk kalau tak cukup rehat
Homeopati bantu rawat berdasarkan simptom & punca berlaku. Bergantung juga kepada gaya hidup, pemakanan pesakit serta tahap emosi & mental. Homeopati merupakan rawatan yang holistik, tanpa ada kesan sampingan dan menggunakan bahan yang semulajadi dalam remedi yang diberikan.