Sakit Kepala bila Berpuasa ? Rawatan Homeopathy boleh Bantu

Sakit Kepala Ketika Berpuasa: Punca & Pendekatan Homeopathy

 

Bulan puasa sepatutnya jadi tempoh reset untuk badan dan minda. Tetapi realitinya, ramai yang struggle dengan sakit kepala sepanjang hari. Ini bukan isu kecil. Kalau tak difahami puncanya, prestasi kerja drop, emosi tak stabil, dan fokus memang out terus.

 

1. Dehidrasi Semasa Berpuasa
Bila pengambilan air tak mencukupi dari waktu berbuka hingga sahur, badan masuk fasa dehidrasi. Kekurangan air boleh menyebabkan isi padu otak sedikit mengecut dan bekalan oksigen tidak optimum. Selaput otak akan menghantar isyarat sakit ke seluruh bahagian kepala.

 

Simptom lain dehidrasi :
– Letih melampau
– Otot kejang
– Sukar fokus
– Air kencing berwarna pekat/gelap
– Kulit kering, bersisik atau mengelupas

 

2. Hipoglisemia (Paras Gula Darah Rendah)
Hipoglisemia berlaku apabila paras glukosa dalam darah turun secara drastik. Otak sangat bergantung pada glukosa untuk berfungsi dengan baik. Bila bekalan tenaga tak cukup, aliran darah ke otak terjejas.

 

Kesan yang biasa berlaku:
– Sakit kepala
– Pening
– Mual
– Fikiran celaru
– Lemah badan

 

Jika dibiarkan tanpa pemantauan, keadaan boleh menjadi lebih serius sehingga pengsan. Individu yang ada sejarah masalah gula darah perlu lebih alert dan rancang pemakanan sahur dengan lebih strategik.

 

3. Ketagihan Kafein (Caffeine Withdrawal)
Bagi yang biasa minum kopi setiap hari, tiba-tiba stop waktu puasa boleh trigger simptom withdrawal.

 

Simptom putus kafein:
– Sakit kepala
– Letih
– Mual
– Cemas
– Gelisah
– Sukar fokus
Ini bukan sekadar “mengada”. Otak dah biasa dengan stimulasi kafein. Bila dihentikan secara mendadak, sistem saraf ambil masa untuk stabil semula.

 

4. Perubahan Pola Tidur
Bangun awal untuk sahur boleh mengganggu jam biologi badan. Kurang tidur meningkatkan pengeluaran protein tertentu dalam otak yang mencetuskan reaksi saraf, dan akhirnya menyebabkan sakit kepala.

 

Kurang tidur juga buat:
– Badan jadi mamai
– Mood swing
– Daya tumpuan merosot
Kalau tidur tak berkualiti, badan memang tak perform optimum sepanjang hari.

 

Pendekatan Rawatan Homeopathy
Dalam pendekatan homeopathy, rawatan dipilih berdasarkan simptom individu, bukan sekadar nama penyakit.

 

Antara remedy yang sering digunakan:

REMEDI 1 Sesuai untuk rasa badan terlalu kering sepanjang hari, dahaga melampau, sakit kepala bertambah bila bergerak.
REMEDI 2 Digunakan apabila badan menjadi sangat letih akibat kehilangan cecair atau dehidrasi.
REMEDI 3 Untuk sakit kepala akibat kurang air dalam badan.
REMEDI 4 Sesuai untuk simptom withdrawal kafein seperti menggigil, gelisah, sakit kepala, loya dan muntah.

REMEDI 5 Untuk sakit kepala akibat gangguan pola tidur, rasa mamai dan lemah.

Sakit kepala ketika berpuasa bukan perkara biasa yang patut diabaikan. Ia adalah signal bahawa badan sedang struggle dengan perubahan rutin, sama ada dari segi hidrasi, gula darah, kafein atau tidur.

 

Strateginya jelas:

– Susun pengambilan air dengan disiplin.
– Pilih sahur yang stabilkan gula darah.
– Kurangkan kafein secara berperingkat sebelum Ramadan.
– Jaga kualiti tidur.

 

Homeopathy boleh menjadi sokongan semula jadi untuk membantu badan adapt dengan lebih baik. Namun, jika simptom berlarutan atau menjadi semakin teruk, pemeriksaan lanjut sangat digalakkan. Badan kita bukan mesin. Kalau dia bagi signal, kita kena respons dengan bijak.
Hubungi kami untuk consultation di 018-945 0277 ataupun boleh tempah temujanji anda dengan kami di website ataupun walk-in ke center di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

May be an image of text that says 'SOFEA Sakit Kepala Ketika Berpuasa: Punca & Pendekatan Homeopathy 1. Dehidrasi Semasa Berpuasa Letih Melampau 2. Hipoglisemia Otot Kejang Paras gula darah rendah Sukar Fokus Sakit Kepala Air Keneing Pekat Pening & Mual Kulit Kering Lemah Badan 3. Ketagihan Kafein 4. Perubahan Pola Tidur Simptom Putus Kafein Kurang Tidur Sakit Kepala Letih & Mual Mood Terganggu Gelisah Sukar Fokus SOFEA HOMEOPATH CENTER 018-945 018-9450277 0277'

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *