Rawat Hidung Berdarah dengan Homeopati

RAWAT EPISTAXIS DENGAN HOMEOPATHY

 

Masalah pendarahan dalam hidung . Ia berlaku disebabkan saluran darah di dalam hidung koyak. Biasanya tidak serius dan boleh di rawat di rumah.

 

Penyebab :

i. Sejuk dan Alahan
ii. Jangkitan pada salur hidung (sinus)
iii. Hembus hidung terlalu kuat, memicit hidung, kecederaan pada bahagian dalam hidung, benda asing
iv. Dinding tengah hidung senget
v. Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah

 

Tanda & gejala :

i. Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung
ii. Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah
iii. Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak

 

Apa yang perlu diketahui mengenai hidung berdarah ?

i. Kebanyakan pendarahan berlaku dalam jangka masa yang pendek dan berhenti dengan sendirinya. Ia selalu berlaku pada kanak-kanak.
ii. Pendarahan yang banyak dan teruk perlu rawatan perubatan. Biasanya disebabkan oleh gangguan pembekuan darah, tumor , ubat-ubatan.

 

Apakah rawatan untuk hidung berdarah ? (Langkah Kecemasan)

i. Duduk tegak dan membongkok sedikit kehadapan untuk mengelak darah daripada mengalir ke tekak dan menyebabkan anda tercekik
ii. Picit hidung anda untuk 10-20 minit dan nafas melalui mulut
iii. Letakkan pek ais ke atas dahi dan di bahagian atas hidung. (Bantu kecutkan salur darah atau kurangkan pendarahan)
iv. Digalakkan meludah darah.
(Jangan cuba hembus keluar darah yang tertinggal, kerana boleh menyebabkan pendarahan berulang)

 

Bagaimana anda mengelakkan daripada hidung berdarah ?

i. Elakkan daripada mengorek dan menghembuskan hidung dengan kuat. Rawa masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah

 

Apakah komplikasi ?

i. Dalam kes trauma adalah penting untuk memastikan tiada pengumpulan darah di septum hidung untuk mengelakkan terjadinya hidung “Saddle” berbentuk pelana kuda.

 

Rawatan Homeopati :

i. Bantu kawal pengaliran darah
ii. Ubat homeopati ada ubat anti-hemoragik
iii. Jika disebabkan oleh stress (sebab utama) ada perasaan/rasa yang anxiety dll. Akan ada ubat yang spesifik
iv. Selain itu based on character darah (merah, hitam, gelap atau merah menyala dan juga keadaan melekit)
v. Bantu stopkan pendarahan hidung akut (tempoh singkat)
vi. Ada ubat yang spesifik untuk merawat hidung berdarah yang berulang untuk bantu yang ada anemia dan epitaksis. Sebabnya, Bila kehilangan darah banyak, individu akan letih. Homeopati boleh bantu. Betulkan balik sistem vital badan

 

Dapatkan rawatan anda di Sofea Homeopathy Center sekiranya mengalami kekerapan berlaku dan intensiti yang tinggi. Bantu secara natural tanpa side effect. Hubungi 018-945 0277 untuk online consultation dan boleh juga walk-in ke center kita 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu Seremban NS. #epistaxis #hidungberdarah
May be an image of 5 people and text that says 'PENDARAHAN HIDUNG (EPISTAXIS) SOFEA MATEM Penyebab Hidung Berdarah DEFINISI Masalah pendarahan dalam hidung la berlaku disebabkan saluran darah di dalam hidung koyak. Biasanya tidak serius dan boleh di rawat di rumah. Membrane Retak Salur Darah Rosak PUNCA Ubat-ubatan Sejuk dan Alahan Hembus hidung terlalu kuat Jangkitan Sinus SOFEA HOMEOPATHY CENTER 018-945 0277'

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *