Disclaimer :
*** Maklumat ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja
*** Sila rujuk pengamal bertauliah untuk nasihat lanjut
*** Setiap individu mungkin memberi respon yang berbeza
PARU-PARU ROSAK & PERANGKAP UDARA
Apakah Emphysema?
Emphysema ialah penyakit paru-paru kronik di mana kantung udara kecil dalam paru-paru (alveoli) rosak dan hilang keanjalan. Bila ini berlaku, udara mudah “terperangkap” dalam paru-paru dan menyebabkan seseorang susah bernafas.
Dalam keadaan lebih lama, dada boleh nampak lebih besar atau “dada tong” kerana terlalu banyak udara terperangkap dalam paru-paru.
Biasanya berlaku secara perlahan dan semakin teruk jika tidak dikawal.
Tahap Emphysema
Tahap 1 – Ringan
Paru-paru masih berfungsi hampir normal (sekitar 80% atau lebih).
Tahap 2 – Sederhana
Fungsi paru-paru mula menurun (sekitar 50–70%).
Mudah penat dan mula rasa semput semasa aktiviti harian.
Tahap 3 – Teruk
Fungsi paru-paru semakin lemah (sekitar 30–49%).
Aktiviti ringan pun boleh menyebabkan sesak nafas.
Tahap 4 – Sangat Teruk
Kurang daripada 30% fungsi paru-paru.
Boleh sesak nafas walaupun sedang berehat.
Siapa Berisiko?
Lebih kerap berlaku pada umur 50–70 tahun, terutama individu yang:
– Merokok lama
– Pernah terdedah kepada asap atau bahan kimia
– Bekerja di kawasan berhabuk atau tercemar
– Ada masalah paru-paru kronik
Gejala Yang Biasa Berlaku
– Cepat sesak nafas
– Mudah penat
– Batuk lama / batuk perokok
– Nafas berbunyi “wheezing” atau berdehit
– Semput bila naik tangga atau berjalan jauh
– Rasa dada ketat atau berat
– Banyak kahak/lendir
– Kahak warna kuning atau hijau
– Sukar tidur kerana susah bernafas
– Berat badan menurun
– Rasa cemas atau murung akibat susah bernafas berpanjangan
– Punca Emphysema
Faktor utama:
– Merokok
– Asap rokok orang lain
– Vaping
– Asap cerut
– Marijuana
Faktor lain:
– Pencemaran udara
– Habuk
– Asap bahan kimia
– Pendedahan kerja tertentu
– Pemeriksaan & Ujian
Doktor biasanya akan:
– Dengar bunyi paru-paru menggunakan stetoskop
– Periksa corak pernafasan
Ujian yang mungkin dilakukan:
– X-ray dada
– CT Scan paru-paru
– Ujian fungsi paru-paru
– Ujian oksigen dalam darah
– ECG/EKG untuk periksa jantung
– Ujian darah tertentu
– Rawatan Perubatan
Rawatan bergantung pada tahap penyakit dan simptom.
Antara rawatan yang biasa digunakan:
– Berhenti merokok
– Inhaler untuk buka saluran pernafasan
– Ubat kurangkan radang paru-paru
– Antibiotik jika ada jangkitan
– Terapi oksigen
– Pemulihan paru-paru (pulmonary rehab)
Untuk kes yang lebih serius:
– Pembedahan paru-paru
– Pemindahan paru-paru
– Cara Kurangkan Risiko
– Elakkan merokok
– Jauhi asap rokok
– Kurangkan pendedahan kepada habuk & bahan kimia
– Pakai topeng jika bekerja di kawasan tercemar
– Jaga kesihatan paru-paru
– Kekal aktif dengan senaman ringan yang sesuai
Pendekatan Homeopathy
Homeopathy digunakan sebagai pendekatan sokongan untuk membantu mengurus simptom tertentu dan meningkatkan keselesaan pernafasan seseorang berdasarkan keadaan individu.
REMEDI 1
Susah bernafas walaupun berjalan beberapa langkah. Lebih teruk dalam bilik panas dan waktu malam. Rasa lebih lega di kawasan udara terbuka. Dada terasa berat dan badan cepat lemah.
REMEDI 2
Batuk berlebihan dengan banyak lendir. Susah bernafas semasa makan atau baring. Batuk berkahak bersama semput.
REMEDI 3
Sesak nafas bersama rasa cemas. Peluh sejuk di muka. Lebih susah bernafas ketika berjalan atau baring. Rasa lebih lega bila duduk dan condongkan badan ke depan.
REMEDI 4
Sesak nafas selepas bersenam atau selepas terkena cuaca sejuk. Rasa dada sempit dan saluran pernafasan kering.
REMEDI 5
Semput ketika berjalan laju atau baring. Batuk berterusan siang malam dengan kahak berbau.
REMEDI 6
Batuk berkahak tebal berwarna hijau, kuning atau coklat. Sesak nafas ketika berjalan.
REMEDI 7
Batuk dengan kahak kuning. Lebih teruk ketika cuaca sejuk dan lebih lega bila badan panas atau hangat.
REMEDI 8
Dada terasa berat dan susah bernafas. Kahak warna kuning atau kelabu.
REMEDI 9
Sesak nafas yang kuat dengan dada terasa ketat. Banyak lendir dalam dada tetapi susah dikeluarkan.
REMEDI 10
Rasa perlu tarik nafas dalam-dalam. Lebih teruk bila bergerak dan lebih lega bila berehat dengan tenang.
Nota penting:
Bila badan tak seimbang, simptom boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Homeopathy fokus kepada individu, bukan label/diagnosis. 018-945 0277

