RAWAT MASALAH TULANG DENGAN HOMEOPATI
Definisi :
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang , mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Berlaku dalam kalangan meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus.
Usia meningkat, kurang kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. mudah rapuh & patah. Area : Tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tanda & gejala :
i. Sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa ada hentakan atau hentaman.
ii. Tulang menjadi nipis, tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal lebih senang patah. Batuk/bersin boleh menyebabkan patah tulang dada.
iii. Kepatahan tulang dalam usia lanjut, boleh menyebabkan arthritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Bongkok berlaku dalam kalangan warga emas adalah salah satu gejala osteoporosis.
Sebab-sebab :
(Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki)
i. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus .
Wanita berisiko tinggi apabila ;
i. Mengalami menopause awal sebelum umur 45 tahun
ii. Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 4 tahun . Teruatama jika ovari dibuang.
iii. Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif)
iv. Gangguan kelenjar adrenal.
v. Kurang pengeluaran hormon seks (estrogen & testosteron)
vi. Gangguan di kelenjar pituitari
vii. Kencing manis
viii. Sejarah Keluarga
xi. Kerap minum keras dan merokok
x. Kekurangan kalsium
xi. Paras vitamin D rendah.
Diagnosis :
‘Dual Energy’ x-ray absorptiometry (DEXA) scan digunakan mengukur kepadatan tulang dan dapat membandingkan dengan yang normal.
Komplikasi :
i. Badan menjadi rendah serta bongkok akibat kepatahan tulang belakang
ii. Tidak berupaya berjalan kesan daripada tulang yang rapuh
Rawatan :
i. Terapi gantian Hormon (Hormone Replacement Therapy)
ii. Rawatan testosteron
iii. Kalsitonin Hormon (Dari kelenjar tiroid)
iv. Pengambilan kalsium dan vitamin D
Pencegahan :
i. Makan – makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi sekurang-kurangnya 1,000mg sehari.
ii. Berhenti merokok – menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis
iii. Hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol
Rawatan homeopati :
Homeopati boleh bantu based on sebab
i. Sekiranya pesakit itu kekurangan mineral, , homeopati boleh bantu balance kan semula kekurangan yang ada dalam badan tu.
ii. Boleh elak dari berlaku balik. Jika pernah berlaku masalah osteoporosis
iii. Based on background Family History. Homeopati boleh bantu untuk kuatkan tulang
iv. Osteoporosis yang kronik, homeopati boleh bantu elakkan perkembangan masalah tulang yang rapuh. Bila diagnosis awal, homeopati boleh bantu stopkan keadaan tulang rapuh.
v. Homeopati bantu based on gejala. seseorang yang ada rasa sakit, tulang yang rapuh , walaupun angkat angkat kotak.
vi. Jika keadaan yang senang patah , homeopati boleh bantu tengok tahap masna keterukan sakit belakang tu atau patah tulang tu.
vii. Jika individu tu kerap mengadu ada sakit belakang pun, homeopati boleh bantu dan ada ubat yang saintifik based on sakit.
viii. Osteoporosis ni tiada tanda, tapi tiba-tiba sahaja kan ada. Dari fasa awal, homeopati boleh bantu.
ix. Sekiranya ada pesakit yang mengalami sakit belakang yang seperti rasa ditembak boleh jadi saraf , ataupun tulang belakang terhimpit.
x. Pesakit yang berusia ini perkembangan mereka telah menurun, jadinya ketumpatan tulang kurang dia mudah kena osteoporosis ini.
xi. Osteoporosis juga boleh bantu based on punca . Jika pesakit mengalami history jatuh, ataupun hentakan punggung, kaki. So boleh homeopati bantu based on punca tersebut.
xii. Homeopati akan tengok based on everything pada patient tu.