[ Wanita mempunyai keistimewaan nya tersendiri. Datang bulan atau Haid atau Period adalah sesuatu yang menjadi kitaran normal mereka.
Tetapi, Bagaimana dengan mereka yang mempunyai gangguan kitaran haid ni ?
Bagaimana dengan emosi nya ?
Apa yang boleh dibuat untuk stabilkan semula kitaran haid ni ? ]
Putaran kitaran haid (tempoh dari awal haid hingga ke kitaran haid seterusnya) yang normal bagi seseorang individu kebiasaan nya adalah 28 hari. (Namun ia berbeza bagi setiap individu).
Kitaran yang tidak teratur adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitaran nya tidak menentu. Bilangan haid yang dialami juga kurang dari 4-9 kali setahun. Jarak antara haid kerap berubah. Mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari kebiasaan.
Simptom :
i. Kekejangan pada bahagian belakang badan atau kekejangan badan
ii. Payudara terasa berat atau sakit
iii. Mengalami sakit kepala
iv. Muncul Jerawat
v. Tidur terganggu
vi. Berlaku perubahan emosi
vii. Perut Kembung
viii. Cirit-birit
Mengapa Berlaku :
(Kitaran kehidupan & kehamilan)
i. Ketiadaan haid 2 hingga 3 tahun
ii. Perimenopause , kitaran haid akan berakhir
iii. Kehamilan
iv. Tempoh selepas bersalin
v. Menyusukan Bayi
(Perubahan Fizikal/Emosi) :
i. Tekanan Kronik
ii. Senaman yang berlebihan
iii. Perubahan berat badan secara mendadak
iv. Pengambilan ubat yang tertentu
(Keadaan Perubatan Tertentu)
i. Gangguan Tiroid
ii. Diabetes yang tidak terkawal
iii. Penyakit Keradangan pelvis
iv. Kanser/Wujud Ketumbuhan
v. Gangguan Pendarahan
Amalkan gaya hidup sihat :
i. Cuba rileks / Uruskan stress
ii. Pengambilan diet pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
iii. Elak exercise yang agresif
iv. Menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat
v. Kekal aktif semaksimum mungkin
vi. Berhenti cara pemakanan yang tidak sihat : Eating Disorder – vii. Takut Nak Makan Sebab Gemuk, Bila Makan je Muntah, Makan terlalu berlebihan yang tidak berkhasiat
vii. Kurangkan garam dan minuman berkafein
Dapatkan nasihat doktor sekiranya :
i. Haid anda lebih lama dari 7 hari
ii. Anda tidak mengalami haid lebih daripada 3 kali setahun
iii. Pendarahan yang anda alami adalah banyak berbanding kebiasanya
iv. Anda mengalami haid tidak teratur dan sedang berusaha untuk hamil
Rawatan homeopati :
Rawatan Homeopati dengan ubat-ubatan. Rawatan homeopati boleh merawat pelbagai masalah kesihatan. Untuk masalah haid yang tidak teratur, homeopati lakukan secara effective dan tidak invasif (yang melibatkan pembedahan dan injection) , selamat digunakan dan kosnya yang efektif.
Homeopati rawat secara keseluruhan untuk mengenalpasti apakah punca masalah haid tidak teratur ini. Rawatan constitution adalah rawatan holistik yang akan stimulate hormon secara natural untuk jadi lebih stabil tanpa rawatan sintetik hormon dan lakukan secara natural.
Matlamat rawatan adalah supaya badan mencapai kesembuhan semulajadi untuk menyelesaikan masalah dan elakkan masalah yang sama berulang.
Kepada wanita di luar sana yang mengalami masalah gangguan kitaran haid ni, boleh hubungi Sofea Homeopathy Center di +60 18-945 0277 untuk mendapatkan consultation dan treatment.
‘Kerana Dirimu, Begitu Berharga’