MELECET (ABRASION)
Melecet adalah kecederaan pada permukaan kulit akibat geseran dengan permukaan kasar. Kulit menjadi calar, pedih, dan kadang mengeluarkan darah atau cecair jernih. Ia nampak ringan, tetapi berisiko dijangkiti jika tidak dirawat dengan betul.
Jenis
i. Linear
Calar panjang macam garisan – Sebab : Tersentuh objek tajam / runcing
ii. Lelasan (Abrasion)
Kawasan kulit tersagat dan luas – Sebab : Jatuh atas jalan, lantai kasar
iii. Bercorak
Luka bentuk mencerminkan objek – Sebab : Cakar kucing / carpet burn
Tanda & Gejala :
– Pedih / menyengat / rasa terbakar
– Pendarahan ringan
– Kulit luka kelihatan lebih cerah daripada kulit sekeliling
– Ada kemerahan di tepi luka
– Permukaan luka berkilat & basah (sebab cecair tisu)
– Kadang ada bintik-bintik kecil
Lokasi yang biasa:
Lutut, siku, buku lali (area tulang yang terdedah).
Punca :
– Jatuh di permukaan kasar seperti tar atau batu
– Geseran semasa sukan / bermain
– Road rash (jatuh dari basikal / motor)
– Bergesel dengan karpet / permukaan bertekstur kasar
Kenapa Perlu Diberi Perhatian ?
– Jika tidak dijaga, melecet boleh membawa kepada:
– Sakit & bengkak berpanjangan
– Luka lambat sembuh
– Jangkitan (tanda: nanah, bau, kulit merah panas)
– Boleh sebabkan demam jika jangkitan merebak
Cara Rawatan
1. Cuci luka dengan sabun lembut & air bersih.
2. Gunakan pinset steril untuk keluarkan pasir/kerikil jika ada.
3. Keringkan dengan kain lap bersih.
4. Sapukan antibiotik topical untuk elak jangkitan.
5. Balut luka dengan dressing yang bersih & breathable.
6. Tukar balutan setiap hari sehingga sembuh.
Pencegahan :
– Pakai pelindung lutut/siku semasa aktiviti lasak.
– Pastikan kawasan bermain/berkerja selamat & tidak kasar.
– Berhenti seketika bila letih untuk elak terjatuh.
– Pastikan rumah / walkway tiada objek yang boleh tersandung.
Rawatan Homeopathy (Ikut Jenis Luka / Rasa Sakit)
REMEDI 1 – Luka tidak terbuka, lebam, trauma lembut. Kurangkan sakit & bengkak
REMEDI 2 – Luka terbuka atau mudah dijangkiti. Anti-inflamasi, anti-septik natural, cepatkan healing
REMEDI 3 – Luka rasa burning kuat. Legakan rasa pedih
REMEDI 4 – Luka tercucuk (paku/needle). Kurangkan risiko jangkitan tisu
REMEDI 5 – Luka melibatkan saraf / tailbone. Kurangkan sakit mencucuk & nerve pain
REMEDI 6 – Kecederaan overuse muscle/terseliuh. Bagi mobiliti & release stiffness
REMEDI 7 – Ligamen / tendon strain. Support tisu lembut
REMEDI 8 – Fracture / retak tulang. Healing tulang
REMEDI 9 – Kecederaan kepala. Sokong pemulihan tisu & edema
Dapatkan rawatan anda di Sofea Homeopathy Center, kami ada set rawatan kesihatan kecemasan buat anda seisi keluarga. Boleh hubungi kami di 018-945 0277 ataupun boleh layari website kami untuk tempah temujanji anda dengan kami. Walk-in juga boleh di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, 70450 Seremban NSDK

