Demam adalah sesuatu yang merisaukan. Hal ini kerana, demam boleh menjadi sebab kepada beberapa gangguan masalah kesihatan diri. Bagaimana Homeopati boleh bantu masalah demam ini ?
Definisi Demam :
Suhu badan yang normal ialah 37 degree Celcius dan ianya boleh berubah sebanyak 0.25-0.5 degree Celcius mengikut waktu tanpa mempunyai sebarang penyakit.
Bacaan suhu noumal pada dubur selalunya lebih tinggi daripada bacaan suhu dalam mulut dan suhu badan di ketiak lebih rendah dari suhu badan yang diperiksa melalui mulut.
Jenis :
Hyperpyrexia : Suhu lebih 41.1 Degree
Hypothermia : Suhu Bawah 35 Degree
Punca Demam :
I. Badan bekerja lebih kuat memerangi jangkitan sama ada kuman atau virus
II. Boleh jadi apabila badan bertindakbalas terhadap masalah yang berlaku pada badan. Strok haba dan keradangan organ.
Gejala Sampingan : (Demam + )
- Sakit kepala sangat & sawan = jangkitan kuman dalam otak atau saraf tunjang
- Muntah-muntah, hilang berat badan, hilang selera makan, cirit birit = Jangkitan kuman pada hati , keradangan pada apendiks/jangkitan pada organ dalam kawasan perut
- Selesema = Jangkitan virus
- Berpeluh pada waktu malam = Penyakit tibi
- Kulit Merah mengelembung pada sendi = keradangan sendi septik
- Sakit Sendi = Denggi, endokarditis (Radang injap jantung)
Ujian makmal :
I. Ujian Darah
II. Ujian air kencing
III. Ujian Najis
Rawatan :
I. Minum banya air
II. Basahkan badan dengan air suam
III. Berehat
Rawatan Homeopati :
Untuk keadaan demam ini, siapa yang paling suka guna atau ambil homeopati ?
ibu-ibu, mak-mak, mama-mama, mereka guna untuk siapa ? Hanya untuk anak-anak. Sebabnya bila anak demam dan nak makan ubat homeopati suhunya akan turun. Maksudnya akan betul-betul turun. terus berada dalam stage recover. Bukan pada setiap 4 atau 6 jam sekali , bila suhu turun akan naik semula. Homepati bukan bertindak seperti itu.
Homeopati sangat pantas dalam merawat keadaan akut kerana apabila ubat yang tepat diberikan, memang akan nampak kesan nya dengan pantas. Ubat ini pun selamat diambil oleh semua golongan tanpa ada kesan sampingan.