Homeopati Menangani Gejala Kehamilan

Kehamilan adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan keadaan sepanjang tempoh janin berkembang di dalam rahim atau uterus wanita. Kehamilan biasanya berlangsung sekitar 40 minggu, atau lebih dari 9 bulan, iaitu diukur dari tempoh haid terakhir sehingga kelahiran.

Tanda-tanda Awal Yang Paling Biasa dan Gejala yang wujud Semasa Kehamilan.

  • Terlepas haid: Setelah pelekatan janin berlaku; badan menghasilkan hormon yang menghentikan ovulasi dan juga penanggalan lapisan rahim anda. Ini bermaksud kitaran haid telah berhenti dan tidak akan mempunyai haid lagi sehingga selepas bayi dilahirkan.
  • Payudara lembut dan bengkak: Pada awal kehamilan perubahan hormon menjadikan payudara sensitif dan sakit. Ketidakselesaan itu mungkin akan berkurangan setelah beberapa minggu badan menyesuaikan diri dengan perubahan hormon.
  • Mabuk hamil : Boleh terjadi pada bila-bila masa pada waktu siang atau malam, selalunya bermula sebulan selepas hamil. Namun, terdapat sebilangan wanita yang merasa loya lebih awal dan ada pula yang tidak mengalaminya langsung.
  • Kencing lebih kerap: membuang air kecil lebih kerap daripada biasa. Jumlah darah dalam badan anda meningkat semasa kehamilan, menyebabkan buah pinggang anda memproses cecair yang lebih dan mengumpulkannya dalam pundi kencing anda.
  • Keletihan: Keletihan pada peringkat tinggi yang dirasai adalah antara gejala awal kehamilan. Semasa awal kehamilan, tahap hormon progesteron melambung tinggi yang membuat rasa mengantuk.

Trimester Pertama (Minggu 1 – Minggu 12):

Semasa trimester pertama badan mengalami banyak perubahan. Perubahan hormon mempengaruhi hampir setiap sistem organ dalam badan anda. Perubahan ini boleh menghasilkan gejala walaupun pada minggu pertama kehamilan. Gejala pada trimester pertama adalah:

  • Keletihan yang melampau
  • Payudara lembut dan bengkak. Puting juga boleh menonjol.
  • Mabuk hamil
  • Mengidam atau tidak senang dengan makanan tertentu
  • Perubahan ayunan emosi
  • Sembelit
  • Kerap membuang air kecil
  • Sakit kepala
  • Pedih ulu hati
  • Peningkatan atau penurunan berat badan

Pilihan ubat homeopati yang diberikan pada trimester pertama adalah:

  • Sepia
  • Lacticum acidum
  • Nux vomica
  • Ipecac
  • Arnica
  • Calcarea phosphorica
  • Ferrum phos

Trimester kedua ( Minggu 13- Minggu 28)

Gejala seperti loya dan keletihan akan hilang. Walau bagaimanapun akan berlaku perubahan baharu yang lebih ketara dalam badan. Abdomen akan mengembang ketika bayi terus membesar, dan sebelum trimester ini berakhir, wanita akan mula merasa  pergerakan bayi. Gejala yang wujud semasa trimester kedua adalah :

  • Sakit badan, seperti sakit belakang, abdomen, groin (pangkal paha) atau paha.
  • Tanda tegangan pada perut, payudara, paha, atau punggung
  • Pengelapan kulit di sekitar puting
  • Garisan pada kulit terbentuk dari pusat hingga garisan bulu kemaluan
  • Tompokan kebih gelap pada kulit., biasanya di pipi, dahi, hidung, atau bibir atas. Tompokan sering terbentuk secara sepadan antara kedua-dua belah muka. Ini kadang-kadang dipanggil topeng kehamilan.
  • Tangan kebas atau kesemutan, disebut sindrom terowong karpus
  • Gatal di perut, tapak tangan, dan telapak kaki
  • Pergelangan kaki, jari, dan muka membengkak.

 

Pilihan ubat homeopati yang diberikan pada trimester kedua adalah:

  • Arnica
  • Rhus tox
  • Sepia
  • Hamamelis
  • Carbo veg
  • Mercurius vivus

Trimester Ketiga (Minggu 29 – Minggu 40):

Beberapa ketidakselesaan sama yang dialami pada trimester kedua  akan juga berlanjutan pada trimester ketiga. Ramai wanita akan mengalami sukar untuk bernafas. Ini adalah kerana bayi semakin besar dan memberi lebih tekanan kepada organ anda.

Beberapa perubahan baharu pada badan yang mungkin anda perhatikan pada trimester ketiga termasuk:

  • Sesak nafas
  • Pedih ulu hati
  • Pembengkakan pergelangan kaki, jari, dan muka
  • Buasir
  • Payudara lembut: yang mungkin menghasilkan rembesan pra-susu cair yang disebut kolostrum
  • pusat di perut mungkin tertonjol
  • Masalah tidur
  • Bayi “turun”, atau beralih ke bahagian lebih rendah dalam abdomen.
  • Kontraksi, yang boleh menjadi tanda bersalin yang sebenar atau palsu.

Pilihan ubat homeopati yang diberikan pada trimester ketiga adalah:

  • Nux vomica
  • Coffea crud
  • Cimicifuga
  • Caulophyllum
  • Arnica

Pendekatan Homeopati

Homeopati merangsang gerak balas penyembuhan semula jadi tubuh dengan memberikan bahan yang mempunyai dos dengan pencairan yang sangat rendah. Ubat homeopati adalah selamat untuk wanita hamil.

Ubat ini dapat melegakan gejala-gejala yang wujud. Contohnya:

Arnica

  • kesakitan yang disebabkan oleh aktiviti fizikal dan ketegangan otot
  • kesakitan selepas sakit bersalin dan semasa melahirkan.
  • buasir selepas kelahiran anak.

Calcarea phosphorica

  • Membantu memperkuatkan wanita yang mudah letih, pencernaan yang lemah, tangan dan kaki yang sejuk, dan penyerapan nutrien yang lemah.
  • Sebilangan wanita yang memerlukan ubat ini adalah mereka yang hanya tertarik pada “makanan rapu” sahaja selama kehamilan, atau mengidamkan makanan bersalai dan masin.
  • mempunyai sejarah kerosakan gigi yang mudah terjadi dan juga sakit tulang dan sendi ialah petanda perlunya terhadap ubat ini.
  • Selalunya mudah marah kerana keletihan, dan mungkin perlu kepada perjalanan atau perubahan keadaan.

Caulophyllum

  • Membantu wanita yang mempunyai otot rahim yang lemah.
  • Sejarah haid yang tidak teratur, pengalaman kelahiran terhalulu yang lama dan sukar, atau kelemahan serviks boleh menyebabkan ubat ini boleh difikirkan.
  • Wanita itu mungkin merasa kesakitan yang tidak menentu seperti jarum yang menyucuk, atau episod sakit bersalin. Dia biasanya berasa gugup, goyah, dan menggeletar.

Carbo Vegetabilis

  • Ubat ini dapat membantu wanita yang merasa lemah dan lesu semasa hamil, dengan peredaran darah yang lemah, rasa sejuk yang menyeluruh, dan keinginan untuk udara segar atau keadaan berangin.
  • Ketidakselesaan pencernaan yang kerap dengan rasa sakit yang membakar dan kecenderungan untuk sendawa.
  • Bosan kerana terlalu banyak bekerja, kehamilan-kehamilan yang berlaku dengan rapat antara satu sama lain.

Cimicifuga

  • Wanita yang gugup dan banyak cakap, dengan kecenderungan untuk merasa takut dan suram semasa hamil.
  • keresahan yang berlebihan dan takut keguguran.
  • Kadang-kadang mengalami kesakitan seperti sakit bersalin yang dirasakan terlalu awal untuk berlaku, atau sakit yang menular dari pinggul ke pinggul dan ke bawah paha.

Ferrum metallicum

  • Seorang wanita yang mempunyai binaan badan yang kukuh, tetapi kelihatan sangat pucat dan laih, mempunyai muka yang bertukar kemerahan apabila merasa dikenakan atau beremosi.
  • Membetulkan sebarang kecenderungan terhadap anemia.

Ferrum fosforikum

  • Wanita sensitif dan gugup yang sering merasa lemah atau letih, dengan muka yang mudah kemerahan dan mempunyai kecenderungan untuk mendaptkan anemia.
  • Seorang wanita yang memerlukan ubat ini sering mempunyai bentuk badan yang langsing dan kerap mengalami leher dan bahu yang ketat/ kaku.

Nux vomica

  • ketidakcernaan, pedih ulu hati, sakit perut, dan sembelit semasa kehamilan.
  • Tidak sabar, mudah marah, dan merasa sejuk.

Pulsatilla

  • Ubat ini sering kali digunakan untuk membantu perubahan besar bagi hormon, terutama bagi wanita yang murung dan beremosi, dan menginginkan banyak kasih sayang dan perhatian.
  • Menginginkan makanan pencuci mulut atau mentega dan boleh makan secara berlebihan, yang boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan loya, atau peningkatan berat badan yang berlebihan.
  • Wanita hamil yang memerlukan ubat ini adalah yang merasa tidak selesa dalam cuaca panas dan dalam bilik yang berkuap, menjadi bertambah baik selepas melakukan senaman ringan dalam udara terbuka.
  • Payudara bengkak dan sakit

Sepia

  • Wanita yang letih, menyeret diri, dan mudah marah semasa hamil (merasa terbeban dengan tuntutan ahli keluarga, atau mempunyai hanya sedikit semangat untuk kehamilan).
  • Peredaran yang lemah, mual, sembelit, mempunyai kecenderungan membuang air kencing dengan tidak sengaja, dan perasaan berat atau lemah di dasar pelvik, dan peningkatan tenaga melalui senaman.
  • lapar yang mengigit-gigit, loya sekejap-sekejap dengan rasa perut kosong.

Hamamelis

  • urat varikos, sesak vena.
  • Lebih teruk dalam udara yang lembap dan hangat.

Bellis perennis

  • urat yang terkesan oleh tekanan dari janin dan tidak berdaya/ berupaya.
  • Lebih teruk di belah kiri dan juga selepas mandi air panas atau tidur di tempat yang hangat.

Coffea crud

  • tidak dapat tidur kerana terlalu banyak berfikir, mengalami kesakitan, atau keterujaan.

Lacticum acidum

  • Untuk “mabuk kehamilan yang klasik”:
  • Mual menjadi semakin teruk semasa bangun pada waktu pagi dan membuka mata.
  • Wanita mungkin banyak mengeluarkan air liur dan mengalami sakit perut seperti rasa terbakar.
  • Selera makan yang baik dan rasa lebih baik selepas makan.

Ipecac

  • Tidak menyukai makanan secara umum.
  • Tidak menyukai bau makanan.
  • Mual teruk yang berterusan.
  • Masalah berulang secara berkala pada selang waktu biasa atau tertentu.
  • Muntah dengan sakit kepala, keadaan menjadi lebih teruk selepas makan dan membongkok.

Rhus tox

  • Sakit dan kekejangan di bahagian bawah belakang badan.
  • Sakit menjadi teruk semasa duduk.
  • Sakit menjadi kurang semasa bergerak, berbaring atas sesuatu.
  • Mercurius vivus: kesan kesedihan atau ketakutan dengan ‘anxiety’ pada waktu malam, tidak sabar, keras kepala dan cenderung untuk bertengkar.
  • pustular pecah yang gatal menjadi lebih lebih teruk kerana katil yang hangat digunakan untuk tidur.
  • Senang berpeluh tetapi pesakit tidak merasa kelegaannya.
  • Kulit sentiasa lembap.

Pesan janji temu anda dengan pengamal Homeopati kami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *