HOMEOPATI BANTU RAWAT SUARA SERAK

SUARA SERAK DIRAWAT DENGAN HOMEOPATI

 

Suara serak merupakan simptom dan bukanlah penyakit. Suara serak merujuk kepada perubahan suara yang tidak normal. Suara serak biasanya berlaku disebabkan oleh batuk yang berpanjangan. Jika suara serak berlarutan lebih daripada 2 minggu atau lebih petanda sesuatu yang serius berlaku pada peti suara anda.

 

Peti Suara :

– Organ yang terletak di kawasan leher yang berfungsi untuk menghasilkan suara
– Terdiri daripada rawan dan otot nipis yang bergerak serta bergetar bagi menghasilkan suara.
– Peti suara mudah tercedera dan melecet sekiranya berlaku penyalahgunaan suara.

 

Punca :

– Jangkitan virus pada bahagian laring
– Alergi
– Merokok
– Penyakit : GERD . Cecair asid perut yang naik semula ke bahagian tekak dan menyebabkan kerengsaan pada bahagian vocal, fold, tiroid, kanser, neurologikal
– Laring, kotak suara cedera
– Penggunaan suara yang berlebihan
– Bercakap dengan kuat, menjerit, menyanyi dalam tempoh masa yang lama.

 

Masalah-masalah peti suara :

i. Radang peti suara – Laryngitis
ii. Kawasan peti suara dipenuhi air – Polyps
iii. Tisu berlebihan yang terbentuk di peti suara. Tisu ini membengkak – Edema
iv. Jangkitan virus HPV – Papilloma
v. Benjolan – Nodul

 

Tanda-tanda yang perlu diberi perhatian :

– Suara serak lebih dari tiga minggu
– Hilang suara atau suara serak menjadi lebih teruk lebih dari seminggu
– Suara serak diikuti rasa sakit tekak dan demam adalah gejala yang biasa datang sekali semasa suara serak.
– Rasa benjolan di tekak
– Batuk kronik dan batuk berdarah
– Sukar bernafas
– Masalah menelan

 

Tips penjagaan suara

i. Minum air kosong secukupnya
ii. Kurangkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan seperti minuman/makanan berkafein (tekak kering), makanan yang pedas (tekak perit) atau produk tenusu (kahak).
iii. Elakkan berdehem; kerosakan disebabkan pergerakan berulang dan geseran di antara tisu-tisu peti suara.
iv. Elakkan menjerit
v. Elakkan bercakap di tempat bising.
vi. Elakkan bercakap dalam tempoh masa yang lama.

 

Rawatan homeopati :

– Homeopati boleh bantu masalah serak suara secara akut dan juga kronik
– Homeopati bantu punca yang menyebabkan serak
– Sakit tekak waktu pagi
– Teruk pada waktu petang
– Disebabkan penggunaan suara berlebihan
– Suara serak + sakit tekak
– Serak je, takda sakit tekak
– Serak + Ada perubahan nada suara
– Serak + Laring Kering
– Serak + Laring Rasa Kasar

 

Remedi-remedi homeopathy ini sangat spesifik dalam merawat masalah kesihatan yang dialami pesakit.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, hubungi kita di 018-945 0277 untuk konsultasi dalam talian  . Nak walk-in kami berada di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban NSDK

May be an image of 2 people and text

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *