KERACUNAN MAKANAN & HOMEOPATI
Apa itu ?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Dalam kebanyakan kes keracunan makanan, makanan tercemar selalu dijejaskan oleh bakteria atau virus.
Punca :
i. Makanan boleh tercemar semasa proses pengeluaran, pemprosesan atau ketika memasak makanan
ii. Tidak memasak dengan teliti (terutama daging)
iii. Tidak menyimpan makanan yang perlu dibekukan di bawah 5c
iv. Dibiarkan makanan dimasak luar di dalam tempoh masa yang panjang tanpa masuk makanan dalam peti sejuk.
v. Makanan yang telah disentuh oleh seseorang yang sedang sakit atau telah bersentuhan dengan seseorang yang mengalami cirit-birit dan muntah.
Kebanyakan keracunan makanan dapat dikesan dengan salah satu daripada tiga sebab utama berikut :
i. Bakteria
ii. Parasit
iii. Virus
Gejala :
Tanda-tanda keracunan makanan akan bermula dalam beberapa jam selepas makan – makanan yang tercemar Selalu akan datang dengan simptom loya, muntah atau cirit-birit. Kebiasaanya kes ringan, tetapi sesetengah individu kehilangan banyak air akibat terlalu kerap muntah dan cirit-birit dalam sehari. Individu tersebut perlu pergi ke hospital.
Tanda-tanda :
i. Loya
ii. Muntah
iii. Demam
iv. Cirit-birit
v. Kesakitan dan Kekejangan Perut
Bila anda harus berjumpa doktor ?
i. Sekerap muntah dan ketidakupayaan untuk mengekalkan cecair
ii. Muntah berdarah atau najis
iii. Cirit-birit selama 3 hari
iv. Kesakitan melampau atau kekejangan perut teruk
Tanda atau simptom dehidrasi : (Dahaga yang berlebihan, mulut kering, sedikit atau tiada kencing, kelemahan parah, pening kepala)
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan ?
i. Sentiasa menjaga kebersihan
ii. Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang dah masak
iii. Sentiasa masak dengan sempurna
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
iv. Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar.
Rawatan Homeopati :
Rawatan homeopati based on simptom. Bantu untuk boost kan semula sistem pertahanan badan untuk melawan infeksi. Homeopati kawal simptom serta cepatkan proses penyembuhan.
Dalam rawatan kecemasan, penggunaan Ars sesuai untuk masalah keracunan makanan. Rawatan homeopati juga akan diberikan bergantung kepada gejala yang individu tu rasa seperti :
i. Muntah sehingga rasa penat (ke arah dehidrasi)
ii. Ada sesetengah individu, mengalami kekejangan dan apabila bongkok rasa better
iii. Character najis sangat main peranan tentukan ubat. Najis yang gasking (seperti hembusan (boom) ataupun najis yang mempunyai bau yang sangat busuk walaupun kuantiti najis tu sedikit. Kedua-dua character ini akan menentukan ubat yang berbeza.
iv. Berterus rasa loya sehingga lebih 2-3 hari.
v. Keadaan apabila minum air masak walaupun sikit je akan rasa muntah. Selepas dari muntah, pesakit akan penat.
vi. Jika keadaan teruk sangat, anda perlukan rawatan kecemasan dan ORS juga membantu untuk memastikan badan hidrasi
Sekiranya ingin dapatkan rawatan dengan kami, boleh ke Sofea Homeopathy Center secara walk-in di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu Seremban NSDK ataupun hubungi kami di 018-945 0277 untuk rawatan.