Homeopathy Bantu Penyumbatan Saluran Hempedu (Biliary Obstruction)

Penyumbatan Saluran Hempedu (Biliary Obstruction) – Bahaya Tersembunyi yang Boleh Jejaskan Hati Anda

 

Apa Itu Penyumbatan Saluran Hempedu?

Penyumbatan saluran hempedu berlaku apabila aliran hempedu dari hati ke usus kecil terganggu — sama ada disebabkan batu karang, radang, atau tumor. Bila hempedu tersekat, ia boleh terkumpul dalam hati dan menyebabkan kerosakan serius jika tidak dirawat.

 

Tanda-Tanda Utama

– Sakit perut bahagian atas (terutama sebelah kanan)
– Kulit & mata menjadi kuning (jaundis)
– Najis berwarna tanah liat & air kencing gelap
– Demam, menggigil
– Loya, muntah, pening
– Kulit terasa gatal
– Hilang selera makan
– Berat badan turun tanpa sebab
– Badan cepat letih dan lesu

 

Punca-Punca Utama

– Batu karang dalam saluran hempedu
– Sista choledochal (kantung abnormal pada saluran hempedu)
– Sindrom Mirizzi (batu hempedu tekan saluran hempedu)
– Penyempitan saluran hempedu akibat parut atau jangkitan
– Kanser (pankreas, hempedu, hati)
– Masalah kongenital seperti biliary atresia atau Alagille syndrome
– Pankreatitis autoimun
– Kesan terapi radiasi atau pembedahan seperti kolesistektomi

 

Komplikasi Jika Tidak Dirawat

– Radang teruk & jangkitan yang boleh mengancam nyawa
– Sirosis hati (parut kekal pada hati)
– Kegagalan hati
– Jangkitan pundi hempedu (*cholecystitis*)
– Masalah penyerapan nutrien → kekurangan zat makanan

 

Kaedah Diagnostik

– Ujian darah: CBC, ALP, GGT, enzim pankreas
– Pengimejan: Ultrasound, CT Scan, MRI, ERCP, HIDA atau PTC

 

Rawatan Konvensional

– ERCP (Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography): untuk buang batu atau pasang stent
– Pembedahan: jika perlu membuang bahagian tersumbat
– Kemoterapi / Radiasi: jika punca dari kanser
– Stent: untuk memastikan aliran hempedu kembali lancar

 

Langkah Pencegahan

– Amalkan pemakanan sihat rendah lemak tepu
– Senaman berkala bantu kurangkan risiko batu hempedu
– Kekalkan berat badan ideal
– Elakkan alkohol & makanan berminyak

 

Rawatan Homeopathy (Sokongan Semula Jadi)

Homeopathy membantu menyokong fungsi hati & pundi hempedu, serta bantu kecilkan atau hilangkan batu hempedu secara semula jadi. Antara remedy yang biasa digunakan:
REMEDI 1 – Jaundis akibat halangan hempedu, sakit di bawah bahu kanan, kulit kering, air kencing gelap, najis tanah liat, muntah lega bila minum air panas.
REMEDI 2 – Batu hempedu dengan gastrik & perut kembung walaupun makan sedikit, selera makan rendah, craving manis.
REMEDI 3 – Untuk individu obes, cepat berpeluh di kepala, sensitif sejuk, sendawa masam & mudah muntah.
REMEDI 4 – Keradangan pundi hempedu, sakit kanan atas, muntah cair & loya, bantu rawat jaundis.
REMEDI 5 – Muntah dan sendawa masam selepas makan, najis berbau kuat, jaundis & cepat lemah.
REMEDI 6 – Abdomen banyak gas, muntah makanan tak hadam, hempedu terasa sakit & lemah selepas makan.
Penyumbatan saluran hempedu boleh jadi ancaman senyap yang merosakkan hati jika tidak diurus dengan betul. Rawatan homeopathy boleh — bantu pulihkan fungsi hati secara menyeluruh dan kurangkan risiko komplikasi jangka panjang. Hubungi kami untuk online consultation di 018-945 0277 ataupun tempah temujanji anda di website kami.

 

Boleh juga untuk mereka nak walk-in ke center kami di 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, 70450 Seremban NSDK. Waktu operasi 9:30 pagi – 6:00 petang

 

May be an image of text

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *