DEHIDRASI KETIKA BERPUASA
Dehidrasi sering terjadi pada bulan ramadan. Hati-hati sekiranya mengalami dehidrasi yang serius atau kronik. Dehidrasi adalah keadaan tubuh kekurangan cairan sehingga tidak boleh berfungsi dengan baik.
Faktor Dehidrasi serius semasa berpuasa :
i. Aktiviti fizikal yang berat seperti bersukan
ii. Diarrhea/Cirit-birit
iii. Berpeluh kerana berada di bawah terik matahari / ruang panas
iv. Muntah-muntah
v. Tak makan/minum apa-apa masa sahur dan sebelum tidur di malam hari
vi. Menghidap diabetes
vii. Warga Emas
Adakah dehidrasi semasa berpuasa bahaya ?
Keadaan yang sangat serius itu bahaya & boleh mengancam nyawa. Jika tidak dirawat berisiko mengalami
gangguan :
i. Fungsi ginjal & penyakit batu karang
ii. Menyebabkan kerosakan otot & gangguan pencernaan
iii. Boleh pengsan & menyebabkan kematian
Simptom :
– Bingung & tidak boleh berfikir
– Kulit tidak kembali asal setelah dicubit
– Bernafas laju
– Jantung berdebar
– Demam
– Meracau atau mengigau
– Pening ketika bangun dari tempat duduk, tapi pening tidak hilang
– Tidak buang air kecil lebih dari 8 jam
– Denyutan nadi lemah
– Tidak sedarkan diri/pengsan
Elak dehidrasi ketika berpuasa :
i. Minum 8 gelas sehari
ii. Sahur & berbuka dengan menu yang kaya dengan nutrisi penting
iii. Kurangkan aktiviti berat & cari tempat berteduh yang udaranya lembap
iv. Boleh letak pelembap pada bibir & kulit yang kering
Tips kekal hidrasi semasa Ramadan :
– Kekal minum air especially selepas isyak
– Selepas berbuka boleh makan buah tembikai
– Berbuka dengan semangkuk sup/bubur
– Selepas azan maghrib , minum segelas jus segar tanpa gula
– Selepas terawih boleh cari yogurt yang rendah lemak
– Minum air sebelum tidur
– Minum susu semasa sahur dengan segelas susu
– Kurangkan pengambilan garam
– Elakkan minuman berkafein.
Rawatan Homeopathy :
Dehidrasi ketika berpuasa boleh menyebabkan keletihan, pening, sakit kepala, dan kekurangan tenaga. Homeopathy menawarkan pendekatan lembut dan semula jadi untuk membantu badan mengekalkan hidrasi dan mengurangkan kesan dehidrasi.
Remedi Homeopathy untuk Dehidrasi Ketika Berpuasa
REMEDI 1 – Sesuai untuk keletihan melampau akibat kehilangan cecair, seperti selepas berpeluh atau muntah.
REMEDI 2 – Baik untuk keseimbangan elektrolit dan membantu badan mengekalkan air. Juga sesuai untuk bibir kering dan kehausan berlebihan.
REMEDI 3 – Berguna jika terdapat gejala seperti peluh sejuk, keletihan teruk, dan dahaga melampau.
REMEDI 4 – Sesuai untuk dehidrasi yang disertai dengan cirit-birit atau muntah.
REMEDI 5 – Untuk dehidrasi dengan rasa kering yang ketara di mulut dan tekak serta keinginan untuk minum dalam kuantiti besar tetapi dengan kekerapan rendah.
Tip Tambahan untuk Kekal Hidrasi Semasa Berpuasa
Dapatkan rawatan anda di Sofea Homeopathy Center sekiranya berlaku simptom-simptom dehidrasi dengan segera. Hubungi 018-945 0277 untuk online consultation atau walk-in 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, Seremban, NSDK.

