Disclaimer :
*** Maklumat ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja
*** Sila rujuk pengamal bertauliah untuk nasihat lanjut
*** Setiap individu mungkin memberi respon yang berbeza
Glossitis (Lidah Bengkak & Meradang) & Sokongan Homeopathy
Apakah Glossitis?
Glossitis ialah keadaan apabila lidah menjadi bengkak, merah dan meradang. Ada kalanya lidah kelihatan licin dan berkilat kerana benjolan kecil pada permukaan lidah (papila) semakin berkurangan.
Keadaan ini boleh berlaku secara :
Jenis-Jenis Glossitis
1. Glossitis Atropik
- Permukaan lidah menjadi licin dan berkilat
- Papila pada lidah semakin berkurangan
- Lidah mungkin kelihatan lebih kecil daripada biasa
2. Glossitis Rhomboid Median
- Tompok merah licin di bahagian tengah atau belakang lidah
- Kadang-kadang sedikit timbul
- Sering dikaitkan dengan jangkitan kulat (Candida)
3. Geographic Tongue (Lidah Geografi)
- Terdapat tompok merah licin pada lidah
- Coraknya berubah-ubah dan menyerupai peta
- Boleh menyebabkan rasa pedih terhadap makanan tertentu
4. Burning Mouth/Tongue Syndrome
- Rasa terbakar pada lidah atau bahagian dalam mulut
- Boleh berlaku pada semua peringkat umur
- Lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita semasa menopaus
Tanda & Gejala
Antara simptom yang biasa dialami:
Punca-Punca Glossitis
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan:
- Alahan kepada makanan, ubat atau produk penjagaan mulut
- Jangkitan virus, bakteria atau kulat
- Kekurangan vitamin dan mineral tertentu
- Paras zat besi yang rendah
- Mulut kering berpanjangan
- Kecederaan atau trauma pada lidah
- Merokok atau pengambilan alkohol
- Perubahan hormon
- Penggunaan gigi palsu atau pendakap yang menyebabkan geseran pada lidah
Adakah Glossitis Berjangkit?
Kebiasaannya tidak berjangkit.
Namun jika keradangan lidah berpunca daripada jangkitan tertentu seperti herpes mulut, kuman tersebut boleh merebak melalui sentuhan atau air liur.
Siapa Yang Lebih Berisiko?
Risiko lebih tinggi jika anda:
Bagaimana Ia Didiagnosis?
Doktor biasanya akan melakukan:
- Pemeriksaan lidah dan rongga mulut
- Semakan sejarah kesihatan
- Ujian darah jika perlu untuk melihat kekurangan nutrisi atau masalah kesihatan lain
Bagaimana Homeopathy Boleh Membantu?
Pendekatan homeopathy memberi fokus kepada simptom individu dan keadaan keseluruhan pesakit. Pemilihan remedi bergantung kepada corak simptom yang dialami.
Remedi 1
Sesuai apabila:
- Lidah sangat bengkak dan meradang
- Bau mulut kuat
- Banyak air liur
- Terdapat ulser dan salutan pada lidah
Remedi 2
Sesuai apabila:
- Sakit mencucuk seperti tertusuk serpihan
- Ulser pada lidah
- Salutan kekuningan pada lidah
Remedi 3
Sesuai apabila:
- Ulser kecil berwarna putih
- Lidah sensitif apabila disentuh
- Rasa panas dan pedih dalam mulut
Remedi 4
Sesuai apabila:
- Lidah merah dan terasa terbakar
- Ada ulser
- Salutan putih pada lidah
- Individu mudah cemas atau gelisah
Remedi 5
Sesuai apabila:
- Salutan kuning yang tebal
- Lidah terasa bengkak dan meradang
- Sakit di bahagian pangkal lidah
Remedi 6
Sesuai apabila:
- Corak lidah seperti peta (geographic tongue)
- Terdapat luka atau rekahan pada lidah
Remedi 7
Sesuai apabila:
- Lidah meradang dengan salutan putih atau kuning
- Mulut terasa kering
- Lebih selesa berada di tempat yang mempunyai udara segar
Remedi 8
Sesuai apabila:
- Lidah merah, bengkak dan sakit
- Rasa pedih serta terbakar pada lidah
Tips Penjagaan Diri
**Jika lidah bengkak, sakit atau berulang tanpa sebab yang jelas, pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Penting: Pemilihan remedi homeopathy perlu dibuat berdasarkan penilaian individu kerana setiap orang mungkin mempunyai corak simptom yang berbeza walaupun mempunyai masalah ketuat yang sama.
018-945 0277

