Deviated Nasal Septum Rawat Dengan Homeopathy

Deviated Nasal Septum : Punca Hidung Tersumbat & Nafas Tak Lancar Yang Ramai Tak Sedar

 

Pernah tak rasa susah nak bernafas walaupun tak selesema? Atau selalu kena sakit kepala tanpa sebab jelas? Salah satu punca yang ramai orang tak perasan ialah “deviated nasal septum” — keadaan di mana tulang dan rawan yang memisahkan rongga hidung berada di luar tengah.

Keadaan ini nampak macam kecil, tapi sebenarnya boleh ganggu kualiti hidup dan kesihatan pernafasan kita dalam jangka panjang.

 

Apa Itu Deviated Nasal Septum ?

Septum ialah dinding nipis yang membahagikan hidung kepada dua saluran. Bila septum menyimpang ke satu sisi, ia boleh menyebabkan saluran hidung jadi sempit — inilah yang buat kita susah bernafas, mudah sumbat, dan kerap alami simptom lain.

 

Tanda-Tanda

– Kesukaran bernafas dari satu atau kedua-dua lubang hidung
– Hidung tersumbat berulang
– Sakit kepala atau sakit di kawasan muka
– Pernafasan berbunyi (stridor)
– Hidung berdarah secara berkala
– Sinusitis kronik (keradangan sinus)
– Berdengkur kuat ketika tidur
– Apnea tidur (nafas terhenti seketika semasa tidur)

 

Punca

– Terlibat dalam sukan sentuhan (rugby, bola sepak dsb.)
– Kemalangan jalan raya
– Terjatuh teruk
– Pergaduhan fizikal atau hentakan pada muka

 

Komplikasi Yang Boleh Berlaku

– Resdung berulang
– Apnea tidur
– Hidung sumbat sepanjang masa
– Hidung berdarah kerap
– Berdengkur kuat
– Mulut kering akibat bernafas melalui mulut

 

Cara Mencegah

– Pakai pelindung muka atau topeng semasa bermain sukan sentuhan
– Sentiasa guna tali pinggang keledar semasa memandu

 

Rawatan Homeopathy

Homeopathy tidak boleh membetulkan struktur septum secara fizikal, tetapi boleh mengurangkan simptom, memperbaiki kualiti hidup dan menyokong sistem pernafasan secara menyeluruh.

Antara remedy yang biasa digunakan:

REMEDI 1 – Bersin kuat bila masuk bilik hangat, hingus berair, sakit kepala di dahi, biasanya lebih teruk menjelang petang.
REMEDI 2 – Hingus cair dan berair, bersin tanpa lega, lebih teruk dalam udara terbuka. Sakit kepala reda bila kena sejuk.
REMEDI 3 – Hidung berkerak hingga berdarah, sumbat teruk, terpaksa bernafas melalui mulut.
REMEDI 4 – Hidung sangat tersumbat, rasa “snuffles” seperti bayi.
REMEDI 5 – Pendarahan banyak dan rasa sejuk di kepala.
REMEDI 6 – Digunakan untuk bantu kurangkan halangan penyembuhan (miasm).

 

Deviated Nasal Septum bukan sekadar isu kosmetik — ia boleh jadi punca utama kenapa anda susah tidur, cepat penat, atau selalu sumbat hidung. Jangan biarkan ia berlarutan. Dengan gabungan rawatan moden dan homeopathy, ramai pesakit boleh hidup lebih selesa tanpa perlu terus bergantung kepada ubat tahan simptom. Dapatkan consultation dan temujanji anda dengan kami di 018-945 0277, atau boleh walk-in ke 9450, Jalan Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, 70450 Seremban #deviatednasalseptum #nasal

May be an image of medicine and text

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *