Seseorang homeopath perlu mendapatkan pemahaman menyeluruh tentang kesihatan anda dan take note tentang gejala yang anda alami. Dengan maklumat yang terperinci, kami dapat menemukan ubat yang sesuai untuk anda sehampir mungkin.
Baru pertama kali nak jumpa dengan homeopath.
Bagi pertama kali konsultansi, homeopath akan mengajukan banyak pertanyaan untuk mendapatkan gambaran yang lengkap, dengan mempertimbangkan berbagai faktor seperti sejarah kesihatan, ciri-ciri peribadi, penyebab stress, apa yang pesakit suka atau tidak suka, gaya hidup dan mimpi.
Homeopath ingin mengetahui apa yang unik tentang anda dan bagaimana tubuh dan fikiran anda mengekspresikan diri. Hal ini kerana homeopath melihat the big picture. Contoh dalam pesakit demam, cenderung untuk mendapatkan ubat homeopati yang berbeza.
Konsultasi pertama ini biasanya akan memakan waktu antara satu hingga dua jam, bergantung pada pengalaman. Banyak soalan akan dilontar. Akan tampak aneh bagi mereka yang tak biasa dengan rawatan homeopati ini.
Tindakan lanjut homeopati.
Rawatan homeopati ada proses bertahap menuju ke taraf kesihatan yang lebih baik. Tindakan lanjut pertama biasanya sekitar 4 minggu, meskipun dalam beberapa kes lain mungkin lebih cepat. Sesi kedua biasanya lebih pendek, antara 30 minit hingga 1 jam.
Ahli homeopati anda akan bertanya tentang perubahan yang telah terjadi, menggunakan catatan rujukan mereka, sebelum memutuskan langkah selanjutnya.
Berapa kali sesi rawatan homeopati di Sofea Homeopathy Center?
Jumlah konsultasi yang diperlukan tidaklah boleh dijangka. Hal ini bergantung kepada jumlah faktor seperti usia pesakit, berapa lama telah mengalami gejala dan respons terhadap remedy yang diberikan.
Yuran homeopati.
Yuran adalah berbeza. Konsultasi awal biasanya lebih mahal kerana berlangsung lebih lama. Yuran termasuk tambahan, seperti panggilan telefon sementara dan remedy untuk gejala akut.
Bagaimana dengan menemui doktor MD saya?
Kami selalu menyarankan agar pesakit menjaga hubungan dengan doktor atau specialist masing-masing. Pendekatan yang berintegrasi dapat digunakan antara satu sama lain dan sering berhasil. Perubatan homeopati, yang tidak beracun, tidak akan menganggu kerja perubat konvensional.
Beberapa orang sudah memilih homeopati kerana mereka memiliki pengalaman kurang enak dengan perubatan konvensional. Namun, anda sebagai pesakit tidak boleh menghentikan perubatan sehinggalah anda berbincang dengan doktor yang memberi perskripsi. Menghentikan penggunaan ubat konvensional yang diperskripsikan boleh menjadi berbahaya.
Hubungi Sofia Homeopathy Center untuk info lebih lanjut.

