Homeopathy bantu rawatan Ascites: Bila Cecair Terlalu Banyak Dalam Perut
Apa Sebenarnya Ascites Ni ?
Ascites berlaku bila cecair berkumpul antara dua lapisan tisu yang melapisi organ perut (dipanggil peritoneum).
Keadaan ini sering berlaku pada individu yang ada masalah sirosis hati, iaitu kerosakan kronik pada hati yang menyebabkan tekanan darah dalam salur hati meningkat (portal hypertension).
Faktor Risiko Utama
Kebanyakan kes ascites (lebih 80%) berpunca daripada sirosis hati, tapi ada juga sebab lain seperti:
– Penyakit hati berlemak (non-alcoholic fatty liver disease)
– Hepatitis B & C
– Pengambilan alkohol berlebihan
– Hepatitis autoimun
– Penyakit hati genetik
– Kegagalan jantung kongestif
– Kegagalan buah pinggang
– Kanser dalam organ perut/pelvis
– Jangkitan kronik
Tanda-Tanda Awal yang Perlu Diperhati
– Bengkak pada perut & buku lali
– Sesak nafas (tekanan cecair menolak paru-paru)
– Sakit belakang & rasa berat bila duduk
– Cepat letih
– Masalah penghadaman – perut kembung, sembelit, sakit perut
Ramai pesakit tak sedar awal sebab simptomnya datang perlahan-lahan.
Bagaimana Ascites Dikesan
– Pemeriksaan fizikal oleh doktor (tekanan lembut pada perut untuk kesan cecair)
– Ujian darah bagi nilai fungsi hati & buah pinggang
– Ultrasound atau CT Scan untuk pastikan jumlah & lokasi cecair
– Paracentesis – prosedur ambil sampel cecair untuk dianalisa
Langkah Kawalan & Pencegahan
Walaupun ascites boleh berulang, ada cara untuk kawal:
– Pantau berat badan setiap hari
– Kurangkan atau elakkan alkohol
– Elak ubat NSAID (contoh: ibuprofen)
– Amalkan diet rendah garam
Komplikasi Jika Dibiarkan
– Jangkitan dalam rongga perut
– Hernia akibat tekanan cecair
– Cecair merebak ke paru-paru (*hepatic hydrothorax*)
– Kegagalan buah pinggang
Inilah sebab rawatan awal sangat penting.
Peranan Homeopathy Dalam Ascites
Homeopathy bantu dari sudut menyokong fungsi hati, kurangkan keradangan dan bantu tubuh menyingkirkan lebihan cecair secara natural.
Remedi Homeopathy yang sering digunakan :
REMEDI 1 – untuk kes bengkak dengan keradangan dan rasa menyengat, lebih teruk waktu petang.
REMEDI 2 – untuk kes ascites dengan penurunan air kencing dan peluh, sesuai bila jantung atau hati lemah.
REMEDI 3 – remedi klasik untuk sirosis hati, bantu detox dan kuatkan fungsi hati.
Ascites bukan sekadar “perut buncit biasa”. Ia tanda bahawa hati mungkin sedang minta tolong. Dengan pendekatan yang holistik — rawatan konvensional bersama homeopathy — pesakit boleh kembali stabil dan hidup lebih selesa.
Dapatkan rawatan anda di Sofea Homeopathy Center , kami ingin membantu pesakit yang mengalami masalah hati & komplikasi seperti ascites melalui rawatan homeopathy yang selamat, semulajadi dan disesuaikan mengikut keperluan individu. Hubungi kami di 018-945 0277, ataupun layari website kami untuk tempah temujanji anda.
Your healing journey starts here — naturally. #Ascites #sofeahc #sofeahomeopathycenter


