Disclaimer :
*** Maklumat ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja
*** Sila rujuk pengamal bertauliah untuk nasihat lanjut
*** Setiap individu mungkin memberi respon yang berbeza
DYSCHEZIA
Apa sebenarnya masalah ni?
Ini adalah keadaan di mana seseorang susah nak buang air besar, atau buang tapi rasa tak puas / tak lancar.
Dewasa → biasanya memang sembelit atau masalah pergerakan usus
Bayi → nampak macam sembelit, tapi sebenarnya otot belum pandai “coordinate” untuk meneran dengan betul
Apa tanda-tanda dia?
i. Dewasa
– Rasa macam najis “tersekat” / susah nak keluar
– Kena tahan atau paksa diri untuk buang
– Sakit bila buang air besar
ii. Bayi
– Teran lama (lebih 10 minit)
– Menangis, merengus atau menjerit
– Muka jadi merah sebab kuat meneran
– Kaki menggeliat / menendang
– Tapi najis keluar normal (tak keras)
Kenapa jadi macam ni?
i. Dewasa
– Otot tak berfungsi dengan betul → susah nak push najis keluar
– Sembelit lama → najis jadi keras & bagi tekanan pada usus
– Radang usus → usus sensitif, boleh berdarah atau sakit
– Masalah di kawasan dubur → macam buasir, luka kecil, atau ketumbuhan
– Masalah hormon/organ (contoh wanita) → boleh ganggu proses buang
ii. Bayi
Simple je: belum pandai control otot perut & dubur
Otak dan badan belum “connect” fully lagi untuk proses buang
Macam mana homeopathy boleh bantu?
Pendekatan homeopathy bukan paksa najis keluar, tapi:
Pilihan Remedy
Remedy 1
– Najis keras & kering, rasa macam koyak / pedih bila keluar, badan rasa tak selesa & gelisah
Remedy 2
– Usus “slow” → rasa berat & letih, najis mula keras, lepas tu jadi lembik/cair, badan rasa lesu & sejuk-sejuk
Remedy 3
– Teran kuat sangat sampai muka merah, najis keluar sikit, berlendir,proses buang sangat menyakitkan
Remedy 4
– Najis besar & kering, perut bawah rasa berat, Dubur gatal & pedih (burning sensation)
Remedy 5
– Rasa nak buang tapi tak jadi, Teran lama, tapi najis “tak keluar”
Kalau benda ni dibiarkan:
– Boleh jadi chronic sembelit
– Otot usus makin lemah
– Risiko buasir & luka makin tinggi
Untuk bayi pula:
- Biasanya sementara, tapi still kena monitor
Bila badan tak seimbang, simptom boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Homeopathy fokus kepada individu, bukan label/diagnosis. 018-945 0277

