HOMEOPATHY BANTU KEADAAN MUTISM
Apa itu Mutism?
Mutism adalah gangguan pertuturan di mana seseorang pesakit mempunyai keupayaan normal untuk bercakap tetapi mengalami kehilangan komunikasi lisan yang ketara. Gangguan ini dikaitkan dengan penyakit psikiatri atau neurologi.
Kategori Mutism:
1. Neurologi
• Disebabkan kerosakan fizikal pada otak atau sistem motor pertuturan.
• Melibatkan masalah kawalan motor, rangsangan, dan isu lain.
• Contoh: Kanak-kanak autistik.
2. Psikologi
• Kegagalan konsisten untuk bercakap walaupun tiada kerosakan fizikal.
• Dikenali sebagai mutism selektif yang biasanya berpunca daripada:
• Gangguan kecemasan.
• Fobia sosial.
• Sifat malu yang melampau.
• Pengasingan sosial.
Kesan Mutism:
• Mengalami ketakutan secara konsisten.
• Menghalang perkembangan mental dan sosial.
• Mengelakkan penyertaan aktif dalam aktiviti harian.
Punca Mutism:
1. Golongan Dewasa:
• Kerosakan saraf atau disfungsi otot pertuturan.
• Trauma atau kecederaan yang pernah dialami.
2. Kanak-kanak:
• Punca psikologi seperti mutism selektif.
Rawatan & Pencegahan:
1. Terapi Tingkah Laku
• Bercakap dalam suasana santai dan selesa.
• Menggunakan gerak isyarat fizikal semasa berkomunikasi.
2. Terapi Tingkah Laku Kognitif
• Membantu menangani dan merawat gangguan kecemasan tersembunyi.
• Membantu pesakit memberi tumpuan kepada persepsi mereka tentang dunia.
Soalan Lazim (Q&A):
Bolehkah seseorang dilahirkan bisu?
• Ya, jika dilahirkan dengan kecacatan fizikal pada pita suara, pekak kongenital, atau sebab genetik daripada ibu bapa.
• Jika bisu disebabkan kecederaan, ia tidak diwariskan.
Adakah bisu dianggap sebagai kecacatan?
• Ya, kerana ia menyekat keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dan menjalani rutin harian secara normal.
Bolehkah orang bisu mendengar?
• Tidak semestinya pekak dan bisu wujud bersama.
• Individu yang pekak sejak lahir mungkin menjadi bisu kerana mereka tidak menerima isyarat pendengaran untuk membantu perkembangan vokal.
• Jika bisu akibat kecederaan atau penyakit, deria pendengaran mereka masih boleh kekal normal.
Rawatan Homeopati untuk Mutism Selektif (Psikologi):
• Ambil sejarah penuh bayi dan ibu semasa kehamilan, kelahiran, serta komplikasi yang berlaku.
• Analisis emosi ibu semasa kehamilan yang mungkin menjadi punca bayi enggan bercakap.
Homeopathy Remedi :
Remedi 1:
• Masalah saraf atau “brain fog” (kesukaran fokus).
• Mengalami ketakutan, kebimbangan, atau keresahan sesuatu yang buruk akan berlaku.
• Cenderung mengalami cirit-birit kerana ketakutan.
• Takut kepada bangunan tinggi, rasa pening atau cemas seolah-olah bangunan akan runtuh.
• Cenderung kepada pemikiran untuk bunuh diri jika melihat tempat tinggi.
Remedi 2:
• Fizikal dan mental “kerdil” (perkembangan lambat).
• Emosi tidak matang, rasa malu melampau sehingga menyembunyikan diri di belakang ibu.
• Tidak bermain tetapi hanya memerhati; takut kepada orang asing dan tidak percaya kepada sesiapa.
• Mengalami kelewatan perkembangan pembelajaran dan pertuturan.
• Keyakinan diri yang rendah, cenderung kepada “inferiority complex.”
• Memori yang lemah, suka menggigit kuku kerana gugup.
Remedi 3:
• Ketidakstabilan emosi yang dikaitkan dengan pengalaman ibu semasa kehamilan.
• Mengalami histeria atau kesedihan akut, sering terperangkap dalam sejarah lama.
• Emosi yang terlalu sensitif, mudah cemburu.
• Membayangkan perkara yang belum berlaku dan terlalu berfikir.
• Mudah pengsan dan keadaan menjadi lebih teruk jika mendengar muzik.
• Gangguan ini sering berkaitan dengan emosi yang mendalam.
Dapatkan rawatan anda dengan kami secara holistik , natural tanpa side effect yang selamat diambil semua golongan usia. Hubungi 018-945 0277 untuk online consult. Kami buka seperti biasa dari jam 09:30 pagi – 06:30 petang (Isnin – Sabtu) #mutism #kids

