Sindrom Nefrotik: Apa Yang Perlu Anda Tahu
Apa itu Sindrom Nefrotik?
Sindrom nefrotik ialah satu keadaan serius di mana buah pinggang kita membuang terlalu banyak protein ke dalam air kencing (proteinuria). Biasanya, penapis dalam buah pinggang (glomeruli) berfungsi untuk tapis sisa & cecair berlebihan. Tapi bila rosak, protein penting dalam darah seperti albumin boleh bocor masuk ke dalam kencing.
Adakah Sindrom Nefrotik Mengancam Nyawa?
Ya, ia boleh menjadi serius. Tanpa rawatan yang betul, ia boleh menjejaskan jangka hayat akibat komplikasi sekunder seperti jangkitan atau kerosakan buah pinggang kronik.
Siapa Yang Boleh Terjejas?
Sesiapa sahaja boleh mendapat sindrom nefrotik.
Risiko lebih tinggi pada:
- Pesakit diabetes yang ada masalah buah pinggang
- Individu dengan alahan tertentu
- Mereka dengan sejarah keluarga penyakit buah pinggang
Namun, ia masih dianggap agak jarang berlaku.
Bagaimana Ia Menjejaskan Badan?
- Kehilangan protein dalam badan menyebabkan sistem jadi lemah. Antara masalah yang boleh berlaku:
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Cellulitis (jangkitan kulit)
- Peritonitis (jangkitan pada lapisan perut)
Gejala Utama
- Air kencing berbuih (sebab kandungan protein)
- Bengkak di kaki, buku lali, tangan atau muka
- Kolesterol & lemak tinggi dalam darah (hiperlipidemia)
- Albumin rendah dalam darah (hypoalbuminemia)
- Hilang selera makan, rasa lemah, cepat sakit
- Sakit perut & rasa tak sihat
Komplikasi Yang Mungkin Berlaku
- Kerosakan buah pinggang akut
- Tekanan darah tinggi (hipertensi)
- Anemia
- Penyakit jantung koronari
- Masalah tiroid
Punca Utama Sindrom Nefrotik
- Diabetes nephropathy (komplikasi kencing manis)
- Lupus
- Focal Segmental Glomerulosclerosis (FSGS)
- Minimal Change Disease (MCD)
- Nefropati membran
- Amiloidosis
Cara Diagnosis
Doktor biasanya akan buat:
- Ujian air kencing (urinalysis)
- Ujian darah
- Biopsi buah pinggang
- Pengurusan & Rawatan Konvensional
Fokus utama ialah:
- Melindungi buah pinggang daripada kerosakan lanjut
- Merawat punca asas
- Mengawal tekanan darah tinggi
Rawatan Homeopathy Untuk Sindrom Nefrotik
Beberapa remedy yang sering digunakan dalam rawatan homeopathy:
REMEDI 1– Untuk bengkak di bawah mata, muka, atau kaki. Air kencing berbuih & busuk, kerap kencing tapi tak rasa dahaga.
REMEDI 2– Bengkak air dengan rasa terlalu dahaga, tapi air kencing sedikit & keruh. Boleh disertai loya & muntah.
REMEDI 3– Muka & perut bengkak, perut keras, kelesuan melampau, rasa cemas & dahaga pada kuantiti kecil.
REMEDI 4 – Sesuai di peringkat awal; air kencing sikit tapi penuh protein, rasa panas sekitar buah pinggang.
REMEDI 5 – Bantu keluarkan toksin dari darah & kurangkan protein berlebihan dalam air kencing.