Homeopathy bantu untuk Pterygium (Mata Surfer)

Pterygium (Mata Surfer): Apa Anda Perlu Tahu?

 

Apa itu Pterygium?

Pterygium (sebutan: Tur-IJ-ee-um) ialah pertumbuhan tisu daging pada konjunktiva mata. Konjunktiva ialah lapisan jernih yang menutupi bahagian putih mata. Ketumbuhan ini biasanya berbentuk seperti sayap atau segitiga, bermula dari sudut mata dan boleh merebak ke arah kornea.
Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua mata, tetapi jarang serentak.

 

Kenapa Dipanggil “Mata Surfer”?

Pterygium dikenali sebagai “mata surfer” kerana ia sering terjadi akibat pendedahan kepada:
i. Sinar matahari (UV)
ii. Angin kencang
iii. Keadaan berdebu

 

Adakah Ia Serius?

Walaupun pterygium biasanya tidak berbahaya, ia boleh menjadi masalah apabila:
– Membesar dan menutupi sebahagian kornea
– Menjejaskan penglihatan
– Menyebabkan parut pada kornea

 

Berapa Lama Ia Bertahan?

– Pterygium membesar secara perlahan sepanjang hayat
– Ada kes di mana ia berhenti membesar pada satu tahap

 

Siapa Berisiko?

Sesiapa yang menghabiskan masa di luar tanpa pelindung mata
Lebih berisiko bagi mereka yang tinggal di kawasan panas, berangin, dan berdebu
Statistik: 12% penduduk dunia pernah mengalaminya

 

Tanda & Gejala Awal

– Ketumbuhan merah jambu yang sedikit terangkat pada mata
– Mata merah, jengkel atau bengkak
– Mata kering, gatal, atau rasa terbakar
– Sensasi seperti ada pasir dalam mata
– Mata berair

 

Gejala Lewat:

– Lesi membesar dan merebak
– Penampilan mata kurang menarik
– Penglihatan kabur atau berganda

 

Punca Utama

– Pendedahan berpanjangan kepada cahaya UV matahari (punca utama
– Iklim panas, kering, berangin dan berdebu

 

Bagaimana Diagnosis Dibuat ?

– Ujian ketajaman penglihatan
– Topografi kornea (untuk lihat perubahan bentuk kornea)

 

Pencegahan

– Pakai cermin mata hitam dengan perlindungan UV
– Pakai topi lebar semasa berada di luar
– Guna air mata tiruan untuk elak kekeringan, terutama di iklim kering

 

Rawatan Homeopathy (Untuk Sokongan & Kurangkan Simptom)

REMEDI 1 → Pterygium merah jambu, mata bengkak & gatal
REMEDI 2 → Mata terbakar selepas tengah malam, kelopak sangat kering
REMEDI 3 → Mata merah, panas, kering, sensasi pasir, sensitif cahaya
REMEDI 4 → Gatal kuat, rasa berpasir, mata terlalu kering
REMEDI 5 → Gatal & pedih teruk waktu petang, sensasi pasir, berair bila udara terbuka
REMEDI 6→ Mata merah, pedih ketara waktu pagi
REMEDI 7→ Mata pedih, gatal, merah, bertambah teruk bila kena angin
REMEDI 8→ Untuk pterygium yang membesar (bantu kurangkan pertumbuhan)
* Tip Penting: Rawatan homeopathy boleh membantu mengurangkan simptom dan mengawal pertumbuhan, tetapi pemeriksaan pakar mata masih diperlukan jika penglihatan terjejas.
Jangan biar pterygium ganggu penglihatan. Hubungi kami 018-945 0277 untuk info lanjut atau buat temujanji segera di website.
May be an image of text

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *