HOMEOPATHY BANTU – PENYAKIT BAWAAN BANJIR
Apabila bencana alam seperti banjir berlaku secara tiba-tiba, pasti masalah kesihatan dan penyakit bawaan air mula datang tanpa diduga.
Apakah penyakit bawaan air ?
i. Kolera (Taun)
ii. Demam Tifoid (Kepialu)
iii. Leptospirosis (Kencing Tikus)
iv. Hepatitis A
Gejala Umum :
– Cirit- birit
– Jangkitan Kulit
– Chicken Pox (Cacar Air)
– Keracunan Makanan
– Demam Denggi
– Demam Campak (Measles)
– Demam Kepialu (Thypoid)
– Jangkitan Pernafasan Akut
Panduan Keselamatan Banjir :
Sebelum :
i. Menyediakan kit kecemasan yang mengandungi keperluan seperti air minuman , alat kebersihan diri, makanan dalam tin, radio yang guna bateri, lampu suluh dan ubat-ubatan yang diperlukan
ii. Wujudkan pelan komunikasi bagi memastikan perhubungan tidak terjejas sekiranya terputus hubungan
iii. Dapatkan maklumat berkaitan cuaca melalui media sosial atau media elektronik
Semasa :
i. Matikan utiliti anda di suis utama. Jangan sentuh mana-mana peranti elektrik jika anda berkeadaan lembap / basah atau berdiri dalam air.
ii. Minum air masak atau air minuman berbungkus seperti air botol sekiranya tiada air bersih.
iii. Beri tumpuan kepada amaran banjir . Jika terdapat risiko berlaku banjir kilat di mana anda berada, segera ke kawasan yang lebih tinggi
iv. Jangan biarkan anak-anak bermain air banjir
jangan berjalan melalui air yang deras untuk elakkan dari terjatuh & cedera.
Selepas :
i. Jangan hampiri talian elektrik yang putus/jatuh
ii. Elakkan memakan makanan yang terdedah kepada air banjir yang berada dalam suhu bilik melebihi 4 jam atau ada perubahan rasa, bau atau tekstur.
iii. Elakkan terdedah kepada air banjir supaya tidak dijangkiti penyakit berjangkit bawaan air
Tips Pencegahan :
– Basuh tangan dengan air dan sabun sebelum memasak atau makan
– Minum air yang telah dimasak terlebih dahulu
– Basuh makanan segar dan sayuran dengan air yang bersih
– Pastikan sumber air bersih sebelum digunakan
menjauhi makanan mentah
– Basuh alatan memasak & hidang dengan air bersih
– Pastikan makanan masak dengan sepenuhnya
– Beli makanan dari penjual yang bersih.
Rawatan Homeopathy :
1. Kolera (Taun)
REMEDI 1– Untuk cirit-birit teruk, muntah, dan dehidrasi melampau dengan badan sejuk.
REMEDI 2– Jika pesakit mengalami cirit-birit berair yang banyak, lemah, dan peluh sejuk.
2. Demam Tifoid (Kepialu)
REMEDI 1 – Untuk keletihan melampau, suhu badan tinggi, dan cirit-birit berbau busuk.
REMEDI 2 – Jika ada muntah, cirit-birit, kegelisahan, dan rasa sangat dahaga untuk air dalam jumlah kecil.
3. Leptospirosis (Kencing Tikus)
REMEDI 1– Untuk simptom seperti demam tinggi, peluh berlebihan, sakit otot dan kencing berdarah.
REMEDI 2 – Jika terdapat kerosakan hati dan ginjal dengan air kencing gelap atau berdarah.
4. Hepatitis A
REMEDI 1– Untuk sakit hati (liver) dengan warna kuning pada kulit dan mata (jaundis).
REMEDI 2– Jika terdapat masalah hati, sakit perut, dan loya selepas makan makanan berlemak.
Gejala Umum dan Ubat Homeopathy Juga ada :
• Cirit-birit & Keracunan makanan
• Demam Denggi
• Demam Campak (Measles)
• Jangkitan Pernafasan Akut
• Jangkitan Kulit & Cacar Air
Cadangan Pencegahan dengan Homeopathy
Untuk meningkatkan daya tahan tubuh sebelum dan selepas banjir, ubat berikut boleh digunakan:
REMEDI 1– Sebagai langkah pencegahan untuk penyakit bawaan air.
REMEDI 2 – Untuk menguatkan sistem imun terhadap jangkitan virus.