Apa itu Perubatan Homeopati – Definisi Ringkas

Homeopati adalah sistem perubatan yang berdasarkan keyakinan tubuh badan bagi menyembuhkan dengan sendiri. Sumber yang digunakan adalah kuantiti atau dos yang kecil sahaja yang diambil daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bermula dari negara Jerman pada akhir 1700-an dan amat popular dalam banyak negara Eropah dan India.

Prinsip Utama Homeopati

“Likes cures likes” menjadi dasar kepada perubatan homeopati. Dengan makna lain, sesuatu yang membuatkan seseorang yang sihat itu bergejala, dalam dos yang sangat kecil, boleh mengubati penyakit dengan gejala yang serupa. Sumber-sumber ini akan merangsang proses penyembuhan.

Contohnya, kita mempunyai sakit mata merah berair. Salah satu cara perubatan homeopati bagi mengubati masalah mata merah berair adalah bawang merah. Itulah ramuan yang sering kali digunakan bagi mengubati bidang sakit allergik. Selain bawang merah, arsen putih, pokok ivy dan herba arnica juga digunakan. Macam pokok ivy itu beracun. Ia perlu melalui proses nyah-racun yang khas dalam perubatan homeopati sahaja.

Proses Nyah-Racun dalam Homeopati.

Doktor homeopati pula kita sebut sebagai homeopath. Homeopath akan melemahkan ‘racun’ atau kekuatan ramuan dengan tambahan air atau alkohol. Kemudian, homeopath akan melemahkan bahan-bahan ini dengan menambahkan air atau alkohol. Campuran tersebut akan digoncang dengan kuat bagi menghasilkan ‘potensi’. Langkah ini akan memindahkan essence penyembuhan dari sumber ke dalam larutan air.

Semakin rendah dos, semakin kuat ubatnya. Apa yang menarik, melalui cara ini, ubat-ubatan homeopati tidak lagi mengandungi molekul apa pun dari bahan asli. Ia hadir dalam pelbagai bentuk seperti butiran gula, krim, gel, tablet dan sebagainya.

Penyakit Apa yang Dapat Diubati Homeopati?

Antaranya termasuklah penyakit kronik, seperti:

  • Alergi
  • Migrain
  • Depresi
  • Asthma
  • Radang sendi reumatoid
  • Sindrom iritasi usus besar
  • Masalah kedatangan haid

Perubatan homeopati juga dapat menjadi terapi kepada masalah akut seperti sakit gigi, calar, sakit kepala, batuk, luka dan sebagainya.

NAK cuba perubatan homeopati?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rawatan di Sofea Homeopathy Center, homeopath yang bertugas akan mengaju sejumlah soalan tentang kesihatan yang menjurus kepada penyembuhan holistik. Kerana ubat-ubatan homeopati mempunyai sehingga 5000 jenis, homeopath akan memilih ubat yang paling sesuai untuk mengatasi gejala anda.

Sofea Homeopathy Center mengalu-alukan kedatangan anda dan akan membantu manage your case.

Berminat? Boleh buat booking di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *