BERPUASA BAGI PESAKIT GASTRIK
Puasa akan buatkan pola makan berubah . Dari tiga kali sehari, jadi 2 kali. Ia boleh menjadi pedih ulu hati ketika berpuasa.
Perubahan pola makan menyebabkan fisiologi tubuh berubah. Peningkatan asid dalam perut masa perut kosong.
Asid perut berlebihan menyebabkan keradangan perut yang disebut pedih ulu hati/dispepsia.
Simptom :
i. Pedih ulu hati
ii. Loya
iii. Muntah
iv. Kembung
Panduan makanan / tips :
1. Pengambilan karbohidrat / makanan yang lambat dihadam saat sahur, agar tidak mudah lapar & lemas di siang hari.
2. Kurma merupakan sumber yang bagus untuk karbo, serat, kalium dan magnesium
3. Kacang almond banyak mengandungi protein & serat & disyorkan ketika berpuasa
4. Pisang. Sumber bagi nutrient seperti karbo, kalium dan magnesium
5. Makanan yang dipanggang lebih disyorkan berbanding makanan yang digoreng & berlemak
6. Makan dalam jumlah hidangan yang kecil tapi kerap
7. Makan ketika hampir waktu imsak sewaktu sahur, dan segera berbuka ketika maghrib
8. Jangan lupa makan ubat yang di prescribe doktor sewaktu sahur dan berbuka.
Panduan minuman :
i. Minum banyak air putih menggantikan kehilangan air. Sekitar 8 gelas sehari
ii. Minum segelas susu semasa sahur. Dapat mengurangkan simptom gastrik & ulser peptik
iii. Minum air putih, jus buah yang tak masam, minuman yang banyak kalium agar tubuh menyesuaikan diri semasa berpuasa.
Perkara perlu dielakkan semasa berpuasa :
1. Elakkan makanan dapat meningkatkan asid di dalam perut seperti coklat, makanan berlemak atau yang digoreng dan buah-buah yang mengandungi asid seperti limau, lemon, tomato dll.
2. Elak makanan yang boleh merosakkan dinding perut seperti cuka, lada, makanan pedas, serbuk yang merangsang
3. Jangan tidur lepas makan sahur atau makan berbuka. Ia boleh meningkatkan risiko asid perut naik atau GERD
4. Jangan terus makan dalam kuantiti yang besar ketika berbuka atau sahur, jangan menunda berbuka
5. Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, soda & minuman tenaga. Merokok meningkatkan risiko gastrik & ulser peptik
6. Alkohol boleh menyebabkan kecacatan injap antara perut & esofagus hingga meningkatkan risiko asid perut naik.
7. Elak ubat merengsa perut NSAIDS
8. Elakkan stres. Kajian menunjukkan boleh menyebabkan peningkatan asid perut.
Extra Tips :
Limau kasturi perah, diminum selepas makan time sahur. (bantu as detox)
Rawatan Homeopathy :
REMEDI 1 – Rasa tak selesa dekat bahagian atas perut, ada angin, rasa panas, dan sendawa asid.
REMEDI 2 – Susah hadam sebab banyak angin. Perut rasa kembung, susah nak lepaskan angin, makan pun tetap rasa kembung. Rasa lebih baik bila bergerak, tapi perut rasa panas dan selera makan kurang.
REMEDI 3 – Rasa penuh sangat lepas makan. Perut kembung sebab gas berkumpul. Ada bunyi dalam perut dan rasa macam nak muntah. Tapi kalau usap perut, rasa lega sikit.
REMEDI 4 – Susah hadam, rasa loya atau muntah air. Kepala pening, rasa macam nak pitam.
REMEDI 5 – Rasa panas terbakar dalam perut, naik sampai ke tekak dan saluran makanan. Makanan rasa masam, boleh jadi sakit kepala dan ada masalah gastrik.
REMEDI 6 – Susah hadam, rasa panas terbakar dalam dada, dan muntah masam. Sesuai untuk pesakit GERD. Selalu kena heartburn waktu malam masa tidur, bila baring perut rasa berat.
REMEDI 7 – Untuk yang suka makan pedas tapi lepas tu rasa panas terbakar dalam dada (heartburn).
REMEDI 8 – Sendawa yang rasa masam, setiap kali makan mesti rasa naik balik ke tekak.
REMEDI 9 – Banyak sangat gas dalam perut, angin selalu keluar dari mulut (sendawa).
REMEDI 10 – Rasa panas dalam perut, muntah dengan rasa berat dekat perut. Makan sikit je terus rasa nak , ada rasa gelisah dan tak tenang.